Oleh ROSLAN ABDUL HAMID

DALAM kalangan guru mahupun pelajar sering timbul masalah menentukan Ta Marbutah dan Ta Maftuhah. Ta Marbutah Biasanya dikenal sebagai Ta Simpul ( ة ). Kedudukan Ta Marbutah ( ة ) dalam perkataan adalah di akhir perkataan. Contoh:

RUMI BAHASA ARAB JAWI
Ibadah عبادة عبادة
Akidah عقيدة عقيدة
Madrasah مدرسة مدرسة
Sirah سيرة سيرة

 

Kata pinjaman di atas ialah kata istilah khusus yang khusus penggunaannya untuk amalan dan kegiatan Agama Islam. Maka Ta Marbutah ( ة ) kekal dalam penulisan jawi.

Ta Marbutah ( ة ) cuma ada pada kata pinjaman Bahasa Arab sahaja. Oleh itu, masalah yang membuatkan pengguna keliru ialah apabila ada kata pinjaman bahasa Arab ditulis dengan huruf Ta Maftuhah ( ت )seolah-olah Ta Maftuhah ( ت ) itu menggantikan tempat Ta Marbutah ( ة ). Contoh :

RUMI BAHASA ARAB JAWI
Sahabat صحابة صحابت
Taat طاعة طاعت
Saat ساعة ساعت
adat عادة عادت
Hayat حياة حيات

 

Daripada jadual di atas dapat kita lihat, kata pinjaman bahasa Arab pada penulisan bahasa sumbernya ditulis dengan huruf Ta Marbutah ( ة ) tetapi digantikan dengan Ta Maftuhah ( ت ) apabila ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa syarat untuk kita tentukan sama ada kekalkan Ta Marbutah ( ة ) atau tukarkan kepada Ta Maftuhah ( ت ).

Antara syarat-syaratnya ialah :

1. Kata pinjaman bahasa Arab

2. Kategori istilah umum

3. Disebut dengan huruf ‘T’ pada akhir kata.

 

#jompandaijawi

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014888
    Visit Today : 917
    This Month : 34233
    Total Visit : 1014888
    Hits Today : 4528
    Total Hits : 4141330
    Who's Online : 19
  • Kategori