Oleh SITI IRNI YUSLINDA BINTI MOSMAN 

TIRAI April dibuka dengan penganjuran program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis, Pahang. Program Penghayatan dan Seni Persembahan Sastera Tradisional (syair) dan Sastera Moden (puisi) telah diadakan pada 2 – 4 April 2019 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN), Beserah, Kuantan, Pahang. Seramai 22 orang pensyarah dari 15 buah institusi pendidikan guru seluruh Malaysia telah menyertai program ini, iaitu IPGK Ilmu Khas, IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK Ipoh, IPGK Raja Melewar, IPGK Perempuan Melayu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Sultan Mizan, IPGK Kota Baharu, IPGK Gaya, IPGK Kent, IPGK Keningau, dan IPGK Batu Lintang.

Encik Mohd Jusoh Majid, Munsyi Dewan (Sastera), sedang memberi penerangan tentang sastera tradisional syair.

Encik Mohd Jusoh Majid, Munsyi Dewan (Sastera), sedang memberi penerangan tentang sastera tradisional syair.

Encik Mohd Jusoh Majid, Munsyi Dewan (Sastera) telah dipertanggungjawab menggalas tugas sebagai penceramah sastera tradisional syair. Pengalaman dan ilmu yang banyak dalam bidang sastera tradisional syair telah digunakan untuk membantu para peserta mengenali teknik dendangan syair yang baik dan betul. Penceramah turut menekankan aspek kreativiti dan imaginasi dalam penciptaan syair agar dapat memberikan kesan rasa kepada pembaca dan menghasilkan dendangan syair yang menarik. Antara versi lagu atau melodi syair yang boleh dipilih untuk dilagukan seperti lagu Selendang Delima, Siti Zubaidah, Rakis dan Narasi.

Peserta membuat perbincangan kumpulan berkaitan sastera tradisional syair.

Peserta membuat perbincangan kumpulan berkaitan sastera tradisional syair.

Bagi sastera moden puisi pula, Encik Ahmad Shukri Abdullah, seorang deklamator dan Munsyi Dewan (Sastera) telah dipilih sebagai penceramah. Pengalaman sebagai deklamator dan hakim di pelbagai peringkat, membantu peserta mendapatkan teknik deklamasi puisi yang baik dan berkesan. Menurutnya, deklamasi puisi yang baik menitikberatkan suara, penghayatan kepada isi puisi dan pergerakan atau tingkah laku yang diperagakan oleh deklamator agar dapat menimbulkan perasaan kekaguman kepada pendengar. Nada yang sering digunakan dalam deklamasi puisi ialah nada melankolik, romantik, patriotik, protes dan sinis.

Encik Ahmad Shukri Abdullah, sedang menerangkan tentang ciri-ciri deklamator terbaik.

Encik Ahmad Shukri Abdullah, sedang menerangkan tentang ciri-ciri deklamator terbaik.

Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif penganjurannya untuk memberikan pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada para pensyarah IPG di seluruh Malaysia. Bukan sahaja untuk mendalami seni mendendangkan syair dan mendeklamasikan sajak tetapi juga melatih mereka menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul. Di samping itu, dapat memberikan ilmu pengetahuan tentang puisi tradisional dan moden kepada para pensyarah IPG, seterusnya melatih bakal guru di IPG masing-masing. Hal ini secara tidak langsung dapat menambah bilangan karyawan luar yang berketerampilan dalam seni persembahan sastera tradisional dan moden.

Para peserta bergambar kenangan setelah selesai Program Penghayatan dan Seni Persembahan Sastera Tradisional (syair) dan Sastera Moden (puisi).

Para peserta bergambar kenangan setelah selesai Program Penghayatan dan Seni Persembahan Sastera Tradisional (syair) dan Sastera Moden (puisi).

 

 

 

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044610
    Visit Today : 1031
    This Month : 27209
    Total Visit : 1044610
    Hits Today : 3538
    Total Hits : 4288511
    Who's Online : 10
  • Kategori