Oleh MOHAMMAD FITRY ARIFF AHMAD ZULKEFLEY

Para peserta bengkel bertungkus lumus menimba ilmu penulisan sajak.

Para peserta bengkel bertungkus lumus menimba ilmu penulisan sajak.

BAGI menarik golongan muda supaya meminati genre puisi, Bengkel Penulisan Sajak telah diadakan di Makmal Kesusasteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 2 Mac 2019. Program ini merupakan anjuran bersama-sama Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Persatuan Karyawan Pulau Pinang dan  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antara objektif penganjuran bengkel adalah untuk mencungkil bakat-bakat penulis muda dalam kalangan pelajar USM. Selain itu para peserta dibimbing untuk menghasilkan sajak yang bermutu, di samping meningkatkan pengetahuan dan penghayatan golongan penulis terhadap perkara yang berlaku di sekitarnya. Bengkel dibimbing oleh penyair terkenal, Mawar Marzuki, iaitu pensyarah Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang.

Kelainan bengkel ini berbanding dengan bengkel yang lain adalah Mawar mengamalkan bimbingan secara bersemuka dengan setiap orang peserta. Melalui bimbingan sebegini, para peserta mendapat sentuhan terus daripada penyair. Selain itu, bengkel ini membimbing peserta supaya menghasilkan sajak dengan bersistematik, iaitu melalui peringkat persediaan, pengeraman, iluminasi dan verifiksasi.

Mawar mengamalkan bimbingan secara bersemuka dengan setiap peserta

Mawar mengamalkan bimbingan secara bersemuka dengan setiap peserta bengkel.

Mawar turut menyarankan para peserta supaya menggunakan teknologi media dalam membantu mereka bagi menghasilkan sajak. Misalnya jika seseorang penulis ingin menghasilkan sajak tentang perang, beliau menyarankan penulis menonton video perang untuk merasakan keperitan, kepedihan dan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa perang.

Pada akhir bengkel yang dihadiri oleh 30 orang pelajar, akan diterbitkan antologi yang mengandungi sajak yang terhasil sepanjang bengkel. Secara keseluruhanya, bengkel ini mencapai objektif penganjurannya, iaitu untuk membimbing para pelajar menghasilkan sajak yang berkualiti yang dapat menyentuh jiwa pembaca. Bengkel yang berlangsung hampir separuh hari ini ditutup oleh Presiden Karyawan, Profesor Dato’ Dr. Sohaimi bin Abdul Aziz.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014715
    Visit Today : 744
    This Month : 34060
    Total Visit : 1014715
    Hits Today : 2862
    Total Hits : 4139664
    Who's Online : 13
  • Kategori