majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Taylor’s University.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Taylor’s University.

Oleh NORAZLINDA MISRAN

DALAM usaha memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu ke arah cabaran globalisasi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengatur rangkaian kerjasama dan hubungan kerja dengan pelbagai institusi pengajian dan pusat penyelidikan tamadun Melayu di dalam dan luar negara. Kerjasama ini meliputi aspek kebahasaan, kesusasteraan, penyelidikan dan aspek lain yang berkaitan dengan matlamat DBP.

Encik Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Encik Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sehubungan dengan itu, majlis menandatangani memorandum persefahaman antara DBP dengan Taylor’s University diadakan di Menara DBP pada 15 Mac 2019. DBP diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kamarul Zaman Shaharudin, dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dato’ Padilah Haji Ali, manakala Taylor’s University diwakili oleh Dr. Neethiahnanthan Ari Ragavan, Dekan Eksekutif, Faculty of Social Sciences & Leisure Management, dengan disaksikan Prof. Madya Dr. Anindita Dasgupta, Head of School, School of Liberal Arts & Sciences, Faculty of Social Sciences & Leisure Management.

Dr. Neethiahnanthan Ari Ragavan, Dekan Eksekutif, Faculty of Social Sciences & Leisure Management,Taylor's University turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Dr. Neethiahnanthan Ari Ragavan, Dekan Eksekutif, Faculty of Social Sciences & Leisure Management,Taylor’s University turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Melalui memorandum ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengenal pasti ruang dan peluang terutamanya dalam pembangunan latihan, pendidikan dan aktiviti seperti penerbitan, perkongsian maklumat, pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta pertukaran kepakaran.

Majlis ini menepati matlamat DBP untuk menjalinkan kerjasama, khususnya dengan institusi pengajian tinggi swasta. Sehingga kini sebanyak 167 memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh DBP dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi, institusi swasta, penerbit, pertubuhan dalam negara dan luar negara.

Para tetamu bergambar kenangan selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman selesai.

Para tetamu bergambar kenangan selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman selesai.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014529
    Visit Today : 558
    This Month : 33874
    Total Visit : 1014529
    Hits Today : 2200
    Total Hits : 4139002
    Who's Online : 16
  • Kategori