Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

Profesor Dr.-Agus Aris-Munandar H Hum sedang menyampaikan ceramah.

Prof. Dr. Agus Aris Munandar H. Hum sedang menyampaikan ceramah.

PADA 24 Januari 2019 bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah berlangsung Ceramah Arkeologi Ke-9 anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. Ceramah ini menampilkan Profesor Dr. Agus Aris Munandar H.Hum, pensyarah sejarah dan arkeologi di Jabatan Arkeologi, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, Indonesia, dengan tajuk “Arkeologi Majapahit: Arsitektur Candi Abad Ke-14-15 Masihi.”

Pada dasarnya, seni bina candi abad ke-14 Masihi hingga ke-15 Masihi di Kepulauan Jawa, Indonesia dan rantau Asia Tenggara dipengaruhi oleh sejarah, agama, budaya Hindu-Buddha. Selain itu, menurut Profesor Dr. Agus, konsep tritunggal dalam agama Hindu-Buddha menjadi asas pembinaan candi terkenal seperti Candi Borobodur, Candi Prambanan, Candi Lembah Bujang dan Candi Angkor Wat.

Kedatangan Profesor Dr. Agus seiring dengan lawatan kerja yang disertai oleh para pensyarah dan para pelajar Universitas Indonesia ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM Pulau Pinang sebanyak 150 orang. Lawatan kerja selama tiga hari yang disertai oleh para pensyarah dan para pelajar Universitas Indonesia ini bertujuan untuk berkongsi hasil kajian sejarah dan arkeologi terbaharu di Nusantara, selain membincangkan isu-isu arkeologi Nusantara dan tamadun awal Asia Tenggara.

Prof.  Dr. Agus Aris Munandar H. Hum (kiri)menerima cenderamata daripada Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang, Prof. Dr. Ramasamy Palanisamy sambil disaksikan oleh  Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin.

Prof. Dr. Agus Aris Munandar H. Hum (kiri) menerima cenderamata daripada Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang, Prof. Dr. Ramasamy Palanisamy sambil disaksikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin.

Selain itu, para pensyarah dan para pelajar dari Universitas Indonesia turut melihat kemudahan yang terdapat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM seperti Makmal Pencirian Bahan Bumi dan kajian arkeo pelancongan. Lawatan kerja ini melengkapkan lagi rangka kerja dan memorandum persefahaman antara Universitas Indonesia dengan USM.

Barisan tetamu yang hadir dalam ceramah ini ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Pulau Pinang, Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin, para pensyarah dan para pelajar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Pulau Pinang, dan para pensyarah dan para pelajar Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, Indonesia.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035816
    Visit Today : 594
    This Month : 18415
    Total Visit : 1035816
    Hits Today : 2438
    Total Hits : 4248528
    Who's Online : 4
  • Kategori