Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

Penerbitan buku Views from Pulau Pinang- Countering Modern Orientalism and Policy Perspective menyajikan sudut pandang orientalisme British dan sejarah Pulau Pinang.

Penerbitan buku Views from Pulau Pinang- Countering Modern Orientalism and Policy Perspective menyajikan sudut pandang orientalisme British dan sejarah Pulau Pinang.

BUKU Views from Pulau Pinang Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives menghimpunkan penulisan artikel sepanjang tahun 2016 dan 2017 yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times Malaysia. Secara keseluruhannya, penerbitan buku ini merupakan hasil kajian tiga pensyarah dan penyelidik terkenal Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Pada dasarnya, buku ini memaparkan artikel yang menceritakan sejarah awal Pulau Pinang, sejarah bangsa Melayu Pulau Pinang, orientalisme British dan kolonialisme British di Pulau Pinang. Selain itu, buku ini turut memaparkan artikel tentang kajian pembangunan orang Melayu Pulau Pinang, pendidikan orang Melayu Pulau Pinang, pendekatan baharu dalam sistem pembandaran dan hubungan antara bandar dengan kampung di Pulau Pinang, sistem pengajian di universiti, revolusi digital dan sistem pentadbiran di Pulau Pinang.

Pelancaran buku Views from Pulau Pinang Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives  menampilkan tiga penulis terkenal Pulau Pinang.

Pelancaran buku Views from Pulau Pinang Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives menampilkan tiga penulis terkenal Pulau Pinang.

Views from Pulau Pinang Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives membawa dimensi baharu dalam inovasi penyelidikan sejarah Malaysia, sejarah Pulau Pinang, sejarah sosiobudaya Pulau Pinang. Selain itu, kepentingan inovasi dalam kajian sejarah Pulau Pinang, pembangunan Pulau Pinang dan sejarah sosiobudaya Pulau Pinang penting demi masa hadapan warisan sejarah negeri itu dalam sejarah Malaysia.

Buku ini merupakan hasil penulisan, kajian dan gabungan idea Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican dan Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), USM, Pulau Pinang, dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin, dari Pusat Pengajian Seni.

Pelancaran buku Views from Pulau Pinang - Countering Modern Orientalism and Policy Perspective disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Pelancaran buku Views from Pulau Pinang – Countering Modern Orientalism and Policy Perspective disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Majlis pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad di Hotel Eastin, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 25 Januari 2019 yang lalu. Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Malaysian Institute of Economic Research (MIER), Tan Sri Dato’ Seri Sulaiman Mahbob, dan mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043898
    Visit Today : 319
    This Month : 26497
    Total Visit : 1043898
    Hits Today : 863
    Total Hits : 4285836
    Who's Online : 11
  • Kategori