Judul : Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera
Editor : Jelani Harun & Rogayah A. Hamid
Harga : RM48.00
Tahun : 2019
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
BUKU ini merupakan kumpulan esei dan hasil kajian para sarjana yang khusus membicarakan pelbagai isu dan persoalan yang berhubung dengan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu, khususnya bersumberkan naskhah-naskhah yang lahir daripada kepengarangan istana Melayu. Antara naskhah yang dijadikan rujukan ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Johor, Hikayat Siak, Babad Tanah Jawa, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Pahang.
Naskhah-naskhah Melayu ini merupakan dokumen sosial yang harus diketengahkan ke persada masyarakat agar sejarah dan rakaman peristiwa masa silam kekal menjadi ingatan dan pengajaran buat selama-lamanya.