Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

PADA 4 Oktober 2018, bertempat di Black Box, Publika, telah berlangsung Forum Gagasan Seni Bina Melayu Baharu, iaitu antara kegiatan gerakan membaca anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Centre of Community, Architecture and Heritage Studies in Asia (CAHSA) dan Cooler Lumpur Sdn. Bhd., bersempena dengan Kempen Membaca Kebangsaan dan sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Festival Cooler Lumpur 2018. Forum ini bertujuan untuk memberikan galakan dan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Antara audiens yang hadir dalam forum tersebut.

Tujuan lain forum ini adalah untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara seni bina tradisional Melayu sebagai lambang jati diri warisan bangsa Melayu.

Forum ini menampilkan dua orang ahli panel, iaitu Profesor Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, dari Fakulti Kejuruteraan, Teknologi dan Pembinaan Alam Sekitar, Universiti UCSIĀ dan Datin Dr. Norhayati Hussain, ahli sejarah seni bina dan penyelidik. Manakala moderatornya ialah Encik Azmal Sabil, dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Seni bina Melayu mula terjelma ketika agama Islam datang ke Tanah Melayu dan berkembang di Kepulauan Melayu selepas pengaruh Hindu merosot pada abad ke-13. Kedatangan Islam telah memberikan pengaruh besar kepada corak budaya hidup masyarakat pada masa itu. Pengaruh Islam turut membentuk peradaban dan budaya masyarakat Melayu agar lebih bersederhana dan bersopan santun. Sekali gus, pengaruh ini membawa kepada corak seni bina Melayu pada masa itu yang lebih halus dan teratur.

Ahli panel Forum Gagasan Seni Bina Melayu Baharu bersama-sama moderator.

Menurut Datin Norhayati, masyarakat perlu mengekalkan asas penstrukturan seni bina Melayu, barulah warisan akan terus berpanjangan. Mereka yang terlibat dalam bidang reka bentuk dan seni bina perlu bergabung dan mengumpulkan maklumat dan menyebarkannya kepada semua untuk menunjukkan nilai seni bina, khususnya kepada generasi muda. Beliau menambah, walaupun berlaku modenisasi dalam rekaan sesebuah seni bina, nilai dan susun atur rekaan kemelayuan perlu dikekalkanĀ demi merealisasikan seni bina Melayu.

Penyampaian cenderamata kepada ahli panel.

Prof. Dr. Mohamad Tajuddin yang dikenali dalam bidang kejuruteraan dan seni bina berkata, cabaran dunia seni bina tempatan menghadapi kepupusan warisan seni bina tradisional Melayu, antaranya kekurangan sumber dan kemahiran serta kekangan perundangan pembinaan yang sedia ada. Kekurangan dan kelemahan dalam memahami dan menguasai ilmu falsafah dan prinsip seni bina tradisional Melayu juga menyebabkan warisan seni bina ini tidak dapat diwarisi dan kurang diminati.

Sebagai kesimpulannya, warisan seni bina tempatan perlu dikekalkan dan disebarkan kepada generasi muda, supaya reka bentuk seni bina Melayu tidak mengalami kepupusan. Seterusnya, prinsip reka bentuk seni bina ini diterapkan oleh generasi kini dengan lebih kreatif dan inovatif.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042180
    Visit Today : 44
    This Month : 24779
    Total Visit : 1042180
    Hits Today : 97
    Total Hits : 4279692
    Who's Online : 14
  • Kategori