Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

Gangguan seksual merupakan suatu fenomena negatif di tempat kerja yang boleh memberikan kesan buruk kepada pekerja yang menjadi mangsa. Perilaku ini jika dibiarkan secara berleluasa boleh menjejaskan produktiviti diri dan organisasi. Gangguan seksual ini biasanya dikaitkan dengan perilaku pekerja lelaki yang berbentuk seksual dan merangkumi aspek seperti, kelakuan yang berbentuk seksual, mengancam pekerjaan mangsa seterusnya meninggalkan kesan negatif kepada mangsa.

Antara staf DBP yang hadir dalam forum tersebut.

Pada 20 September yang lalu, bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, telah berlangsung Forum Integriti: Gangguan Seksual di Pejabat, Jangan Diamkan. Forum ini telah dianjurkan oleh Unit Integriti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama PUSPANITA DBP dan Jabatan Pembangunan Wanita. Forum ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada staf akan situasi gangguan seksual di pejabat, kesan kepada mangsa dan langkah atau tindakan yang boleh diambil oleh mangsa gangguan seksual.

Ahli panel dan moderator Forum Integriti Gangguan Seksual di Pejabat.

Forum ini menampilkan dua orang ahli panel, iaitu Profesor Madya Dr. Salleh bin Amat, Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia dan Encik Norazmi bin Mohd Nawawi, Pegawai Penasihat Undang-undang Jabatan Perkhidmatan Awam, serta moderator, Dr. Hazami bin Jahari, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP.

Mengikut satu kajian pada tahun 2011, terdapat 47% gangguan seksual yang melibatkan rakan sekerja, 34% melibatkan penyelia, 12% majikan dan 7% gangguan seksual daripada pelanggan. Tindakan boleh diambil terhadap kakitangan awam yang melakukan gangguan, iaitu diberi amaran, denda, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan akhir sekali, dibuang kerja.

Menurut Encik Norazmi, sekiranya berlaku keadaan ini (gangguan seksual), ketua jabatan misalnya, perlu memainkan peranan dalam kes ini demi memelihara maruah yang dituduh dan yang tertuduh, dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan bukti-bukti yang ada.

Ahli panel kedua, Prof. Madya Dr. Salleh berkata, perkara ini sangat serius kerana gangguan seksual memberikan kesan negatif kepada diri dan organisasi, antaranya kesan emosi kepada mangsa, iaitu rasa dibuli, tertekan, takut, malu, seterusnya prestasi kerja akan merudum.

Bergambar kenangan bersama-sama Ketua Pengarah DBP.

Secara amnya, di Malaysia, masalah gangguan seksual ada berlaku di pejabat, tetapi sejauh mana keseriusan dan masalah ini berlaku belum dapat ditentukan dengan data yang lengkap. Gangguan seksual ini merupakan salah satu bentuk salah laku, dan sebelum tindakan disiplin diambil terhadap seseorang tertuduh, siasatan dalaman hendaklah dilakukan terlebih dahulu oleh pihak majikan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014764
    Visit Today : 793
    This Month : 34109
    Total Visit : 1014764
    Hits Today : 3045
    Total Hits : 4139847
    Who's Online : 12
  • Kategori