Oleh MD FUZI ABD LATEH

Para peserta sedang tekun mengikuti kursus.

PADA 15 – 16 Ogos, bertempat di Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , Kuala Lumpur telah diadakan kursus penulisan berita dan rencana yang disertai oleh seramai 21 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seluruh negara. Kursus selama dua hari itu dikendalikan oleh Zaidi Ismail, penceramah daripada DBP yang ternyata mampu menarik minat para peserta yang mempunyai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang berbeza.

Peserta memiliki latar belakang kerjaya yang berbeza.

Antara objektif kursus ini adalah membimbing peserta untuk menguasai ilmu tatabahasa sebagai asas pembinaan kemahiran berbahasa dalam komunikasi tulisan yang gramatis dan bijak menguasai kemahiran mengenal pasti dan menganalisis kesalahan bahasa dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa yang baik untuk digunakan dalam penulisan berita dan rencana.

Para peserta mengikuti sesi kuliah bahasa menggunakan modul yang disediakan oleh urus setia. Terdapat 10 tajuk yang dibentangkan oleh Zaidi dalam kursus itu . Tajuk yang menarik ialah “Penyegaran bahasa”, “Ejaan dan Pembentukan Kata”, “Asas Tatabahasa dalam Penulisan”, “Ketidaktepatan Bahasa dalam Penulisan”, “Penggunaan Huruf Besar dalam Penulisan”, “Pengenalan Berita dan Rencana” dan “Kesantunan Bahasa dalam Penulisan”.

Penyampaian sijil kepada peserta kursus oleh Zaidi Ismail (kanan).

Bagi menguji kefahaman sebenar, mereka juga didedahkan pada aktiviti perbengkelan secara berkumpulan dengan menggunakan nota kuliah yang disediakan. Hasilnya, peserta dapat mengetahui proses penyediaan berita dan rencana. Selain itu, teknik menyunting tulisan juga dibimbing oleh Zaidi.

Semua peserta menerima sijil penyertaan daripada Zaidi pada majlis penutupan ringkas pada hari kedua kursus tersebut.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044457
    Visit Today : 878
    This Month : 27056
    Total Visit : 1044457
    Hits Today : 2924
    Total Hits : 4287897
    Who's Online : 12
  • Kategori