Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

PADA 31 Julai 2018, telah berlangsung Festival Bahasa dan Sastera 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Festival ini merupakan program anjuran DBP dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia, dan Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF).

Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika menyampaikan ucapan penutup Festival Bahasa dan Sastera 2018.

Antara aktiviti pada hari tersebut ialah Pertandingan Koir dan Deklamasi Puisi untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Pertandingan Pidato dan Bercerita untuk pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Dan, bermula pada tahun 2010, pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan digabungkan dalam Festival Bahasa dan Sastera.

Majlis penutupan festival telah disempurnakan oleh Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa melalui setiap pertandingan yang diadakan, pelajar boleh mengasah bakat, mempertajam dan memperkemas penggunaan bahasa kebangsaan, selain menimbulkan rasa cinta kepada bahasa kebangsaan, seterusnya dapat bertutur dalam bahasa kebangsaan yang baik dan betul.

Penyampaian tajaan oleh tajaan utama, KH World Sport Sd. Bhd.

Beliau menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan akan terus menggandakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, iaitu dengan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pilihan utama di tanah air.

Di samping usaha DBP menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu bagi tujuan meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan, Puan Teo turut berharap agar setiap pelajar turut menguasai bahasa-bahasa lain bagi melahirkan generasi yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan di peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran turut menampaikan ucapan alu-aluan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran dalam ucapan alu-aluan pula menyatakan bahawa, Festival Bahasa dan Sastera ini merupakan salah satu usaha DBP untuk mengembangkan bahasa dan persuratan kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Festival ini juga menjadi platform kepada para pelajar bukan Melayu untuk memperkemas penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.

Barisan Pemenang Pertandingan Bercerita bergambar bersama-sama tetamu kehormat.

Majlis penyampaian hadiah telah dimulakan dengan pertandingan bercerita. Johan pertandingan ini ialah Tricia Lai Ren dari SJKC Kulai Besar, Johor. Manakala naib johan dimenangi oleh Harimitrraa A/P Karthigeyan dari SJKT Slim River, Perak dan tempat ketiga Tan Veyron dari SJKC Chung Cheng, Kelantan.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan deklamasi puisi bergambar kenangan dengan hadiah masing-masing.

Seterusnya pertandingan deklamasi puisi pula dimenangi oleh Wong Puee Yee dari SM Tsun Jin, Kuala Lumpur. Naib johan, Hosea Pengiran Robert dari SM Jalan Riam, Miri, Sarawak dan tempat ketiga Sariel Aeo Qi Shuang, dari SM Chung Hwa, Kuala Lumpur.

Seterusnya johan untuk pertandingan pidato ialah Chee Boon Ping dari SJKC Yu Ying, Melaka, naib johan Thew Sean Schoen dari SJKC Batu 11 Cheras manakala tempat ketiga Kheng Wei Shenn dari SJKC Kai Chih, Pasir Puteh, Kelantan.

Pertandingan forum pelajar pula, SM Tsun Jin, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai johan, diikuti oleh SM Jalan Riam, Miri, Sarawak tempat kedua dan seterusnya tempat ketiga SM Tung Tsin, Kota Kinabalu. Penyandang bagi Pengerusi Forum Terbaik dianugerahkan kepada Chin Mei Yin dari SM Tsung Tsin, Kota Kinabalu manakala Ahli Forum Terbaik digondol oleh Yeat Nai Ye dari SM Tsun Jin, Kuala Lumpur.

SM Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur, johan Pertandingan Koir.

Bagi kategori pertandingan koir, nyanyian lagu “Warisan” dan “Perwiraku” memberikan tuah kepada SM Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai johan. Tempat kedua dimenangi oleh SM Hin Hua, Klang, Selangor dan SM Tsun Jin, Kuala Lumpur memenangi tempat ketiga.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Goh Hin San, Presiden PERSPEKTIF, Dato’ Vincent Chin, Pengurus Besar KH Sports World Sdn. Bhd., yang merupakan penaja utama Festival Bahasa dan Sastera 2018 dan guru-guru serta pelajar-pelajar dari seluruh Negara.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035450
    Visit Today : 228
    This Month : 18049
    Total Visit : 1035450
    Hits Today : 1507
    Total Hits : 4247597
    Who's Online : 10
  • Kategori