Oleh NURUL JULIA ALANI HENRY

PADA 10 Julai 2018, berlangsung forum bertajuk “Memperkasakan DBP Menuju Malaysia Baharu” di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Forum ini menampilkan tiga orang ahli panel, iaitu Hishamuddin Rais (dari MalaysiaKini, Oriental Daily, Malaysia-Today), Shamsudin Othman atau Dinsman (Aktivis teater dari PAKSI) dan Pengarah Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional (PUSAKA), Eddin Khoo. Moderator yang mengemudikan forum ini ialah pensyarah dari Universiti Teknologi Petronas,Dr. Muhaimin Sulam.

Ahli panel, Hishamuddin (memegang mikrofon) sedang mengemukakan pandangan sambil diperhatikan oleh moderator, Dr. Muhaimin (sebelah kiri), bersama-sama Eddin Kho (paling kiri) dan Dinsman (paling kanan).

Ahli panel, Hishamuddin (memegang mikrofon) sedang mengemukakan pandangan sambil diperhatikan oleh moderator, Dr. Muhaimin (sebelah kiri), bersama-sama Eddin Kho (paling kiri) dan Dinsman (paling kanan).

Sebelum forum bermula, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adzis Abas memberikan ucapan dengan berkata bahawa forum yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk mendapatkan input, mencari formula, merangka strategi dan mendengar maklum balas daripada ahli panel dan para hadirin tentang pemerkasaan DBP setelah 62 tahun penubuhannya pada tahun 1956.

Selaku ahli panel pertama, Hishamuddin menyatakan bahawa aktivis politik dan budaya hari ini melihat DBP sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku, khususnya berkaitan bahasa dan budaya Melayu. Dalam hal ini, demi memelihara hubungan dengan orang atasan dan pemimpin negara khususnya, maka bahasa Melayu itu tertekan. Hal ini jelas apabila pemimpin negara tidak berbahasa Melayu dalam urusan rasmi negara. Tambah Hishamuddin lagi, pekerja asing yang datang ke Malaysia juga tidak tahu berbahasa Melayu. Maka dicadangkan agar DBP mengadakan kursus bahasa Melayu untuk warga asing yang datang ke Malaysia untuk bekerja. Sebagaimana kerajaan mewajibkan warga asing untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, maka disarankan agar kerajaan mewajibkan juga semua warga asing untuk belajar dan pandai bertutur dalam bahasa Melayu jika ingin bekerja di Malaysia.

Dewan Bankuet DBP dipenuhi oleh tetamu yang mahu mendengar cadangan, idea dan maklum balas tentang usaha untuk memperkasakan DBP.

Dewan Bankuet DBP dipenuhi oleh tetamu yang mahu mendengar cadangan, idea dan maklum balas tentang usaha untuk memperkasakan DBP.

Bagi Dinsman pula, beliau berasa musykil kerana masih ada rakyat negara ini yang tidak mahir dan tidak tahu berbahasa Melayu walaupun negara Malaysia sudah lebih 60 tahun mencapai kemerdekaan. Tanpa mengambil kira latar bangsa, agama, pangkat dan kedudukan, sebagai rakyat yang berstatus warganegara Malaysia, kita seharusnya tahu berbahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Disman juga mengambil contoh pendirian Profesor Dr. Shahrir Md. Zain, pakar matematik yang juga pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang tetap menulis buku tentang matematik dalam bahasa Melayu walaupun pengajaran di universiti berlangsung dalam bahasa Inggeris. Dinsman turut memetik kata-kata Profesor Dr. Shahrir, “jika mereka tidak memahami apa yang saya tulis kerana penulisan buku itu dalam bahasa Melayu, maka mereka seharusnya mempelajari bahasa Melayu”.

Sebagai individu yang berlatarbelakangkan sastera, Edin Khoo pula berkata, demi kelangsungan budaya dan sastera Melayu, terjemahan karya agung itu sangat penting. Beliau berkata demikian dengan harapan agar karya yang dihasilkan oleh penulis ulung di Malaysia dapat disebarkan ke peringkat antarabangsa dan secara tidak langsung mengangkat martabat sastera negara dan nama Malaysia di pentas dunia. Terjemahan sangat penting jika kita mahu sastera Malaysia dikenali oleh dunia. Oleh hal yang demikian, beliau menyarankan terjemahan harus menjadi matlamat terpenting DBP selain berperanan sebagai penerbit buku ilmiah dan buku sekolah.

Forum ini turut memberikan ruang kepada tetamu yang hadir untuk memberikan padangan mengemukakan soalan kepada ahli panel.

Forum ini turut memberikan ruang kepada tetamu yang hadir untuk memberikan padangan mengemukakan soalan kepada ahli panel.

Mengakhiri forum ini, DBP disarankan agar berinteraksi dengan sasterawan negara, ahli bahasa, budayawan, golongan intelektual dan para penulis untuk bersama-sama menghadapi apa-apa juga isu yang berbangkit tentang bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Forum yang berlangsung lebih kurang dua jam setengah ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adzis Abas dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran. Antara tetamu yang hadir termasuklah ahli akademik yang juga ahli bahasa seperti Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Profesor Dr. Zaharani Ahmad dan Profesor Dr. Norhashimah Jalaluddin, penulis dan aktivis budaya seperti Siti Zainon Ismail, dan wakil bukan Melayu seperti Datuk Goh Hin San.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013322
    Visit Today : 585
    This Month : 32667
    Total Visit : 1013322
    Hits Today : 1891
    Total Hits : 4133996
    Who's Online : 11
  • Kategori