Oleh ZAIDI ISMAIL

PADA 30 dan 31 Mei 2018, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (Akademi DBP) telah menganjurkan Kursus Penulisan Profesionaldi Institut Pembangunan Modal Insan Zon Utara, Kampung Temiang, Ipoh, Perak.

Peserta kursus tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Zaidi.

Peserta kursus tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Zaidi.

Kursus selama dua hari ini melibatkan 41 orang karyawan JAIPk yang terdiri daripada pegawai dan kumpulan sokongan daripada pelbagai jabatan serta guru sekolah agama di bawah JAIPk. Pengisiannya merangkumi empat penulisan dokumen rasmi yang utama, iaitu surat, memo, kertas cadangan dan laporan.

Pada peringkat permulaan, penceramah memberikan penerangan kepada peserta kursus tentang kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar dan di tempat awam, khususnya pada papan tanda dan papan iklan. Setelah itu, peserta diterangkan tentang asas penggunaan bahasa Melayu, khususnya dalam aspek ejaan, pembentukan kata, dan pembinaan ayat yang baik dan betul dalam dokumen rasmi.

Peserta juga dijelaskan tentang aspek format dan penggunaan bahasa dalam dokumen rasmi, iaitu surat, memo, kertas cadangan dan laporan. Mereka turut diberi latihan penggunaan bahasa dalam dokumen berkenaan.

Peserta Kursus Penulisan Profesional pada 30 dan 31 Mei 2018.

Peserta Kursus Penulisan Profesional pada 30 dan 31 Mei 2018.

Kesemua peserta kursus terlibat secara langsung dalam penulisan surat, memo dan kertas cadangan di jabatan masing-masing. Oleh itu, pengisiannya disusun secara khusus agar mereka dapat memahami asas dan prinsip penulisan dokumen rasmi dengan menggunakan gaya bahasa yang lebih berkesan; mengetahui kesilapan lazim dalam penulisan dokumen rasmi; serta meningkatkan keyakinan menulis dan keterampilan berbahasa Melayu dalam dokumen rasmi.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036247
    Visit Today : 1025
    This Month : 18846
    Total Visit : 1036247
    Hits Today : 3897
    Total Hits : 4249987
    Who's Online : 11
  • Kategori