awang

Judul                : Teras Pendidikan Bahasa Melayu

Penulis             : Awang Sariyan

Harga               : RM30.00

Tahun              : 2018

Penerbit          : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini menggalurkan proses pendidikan bahasa daripada aspek falsafahnya hingga aspek perancangan dan pelaksanaannya di kelas. Tanpa penghayatan falsafah pendidikan bahasa, pengajaran bahasa menjadi mekanis sifatnya dan terbatas pada aspek linguistik dan kemahiran bahasa, sedangkan pendidikan bahasa berkaitan rapat dengan idealisme pembinaan diri insan dan penyuburan tamadun bahasa dan negara.

Dalam buku ini, sebanyak 12 bab telah dirangkumkan dalam dua bahagian seperti yang berikut:

Bahagian I : Aspek-aspek Teras Pendidikan Bahasa Melayu terdiri daripada empat bab, meliputi aspek falsafah bahasa dan pendidikan bahasa; aspek idealisme pendidikan bahasa Melayu di Malaysia; aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian pendidikan bahasa Melayu yang berkesan.

Bahagian II: Aspek-aspek Pelaksanaan Pendidikan Bahasa Melayu terdiri daripada lapan bab yang mengupas aspek penghayatan sukatan pelajaran bahasa Melayu mutakhir; penyerapan nilai murni melalui pendidikan bahasa Melayu; pengajaran tatabahasa terancang; pengajaran sistem sebutan; pengajaran kosa kata; strategi pengajaran penulisan yang berkesan; penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa (KOMSAS).

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042681
    Visit Today : 545
    This Month : 25280
    Total Visit : 1042681
    Hits Today : 1418
    Total Hits : 4281013
    Who's Online : 11
  • Kategori