visual

Judul              : Seni Visual: Ceritera Berzaman

Penulis          : Mohamed Noor Othman

Harga            : RM40.00

Tahun            : 2018

Penerbit        : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini menyelitkan watak misteri, Palano Zacki yang mewakili empat zaman seni lukis, iaitu Klasik, Romantik, Naturalis dan Realis. Zaman Klasik melihat objek visual yang sementara dan kemunculan awalnya sebagai idea. Matlamatnya untuk mendapatkan persepsi dan ekspresi yang nyata dalam idea.

Zaman Romantik melihat objek visual secara sensasi dan terlalu peribadi. Karya zaman ini bergerak dengan penuh emosi dan gaya protesnya secara individu. Zaman Naturalis memberikan keyakinan bahawa semua objek visual yang berkaitan dalam kehidupan merupakan idea peribadi. Zaman Realis membawa kepercayaan, ideologi dan doktrin. Kesedaran yang muncul terhad dalam tahap realiti yang menjadi peraturan idea yang menghubungkan nilai kemanusiaan secara sedar di alam nyata.

Palano sebagai pencerita serba tahu mencari sisi sejarah untuk digarap dalam lukisannya. Setiap sejarah diulangi secara secara klasik dan dijelmakan secara tradisi dalam seni.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045012
    Visit Today : 1433
    This Month : 27611
    Total Visit : 1045012
    Hits Today : 5331
    Total Hits : 4290304
    Who's Online : 9
  • Kategori