Oleh NURUL JULIA ALANI HENRY

DALAM dunia penerbitan buku, ada beberapa bentuk anugerah diadakan saban tahun bertujuan untuk memilih buku yang layak untuk diberikan pengiktirafan dan juga mengiktiraf editor terbaik yang menjadi individu penting di belakang tabir dalam kejayaan sesebuah penerbitan buku. Sebagai rumah penerbit yang masih gah dalam industri penerbitan buku, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saban tahun akan menghantar pencalonan kepada urus setia yang menganjurkan anugerah buku. Pada tahun ini, pentas anugerah buku dimeriahkan dengan kejayaan beberapa judul buku terbitan DBP yang memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan dalam anugerah berkenaan.

Para editor bersama-sama Pengurusan Tertinggi DBP melafazkan bacaan ikrar yang diketuai oleh Dr. Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera.

Para editor bersama-sama Pengurusan Tertinggi DBP melafazkan bacaan ikrar yang diketuai oleh Dr. Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera.

Dalam majlis Perhimpunan Bulanan DBP bagi bulan Mei yang berlangsung di Auditorium DBP pada 24 Mei 2018, DBP telah memberikan sijil penghargaan kepada editor buku yang berjaya memenangi Anugerah MAPIM-KPT 2017 dan Anugerah Buku Negara 2018. Anugerah MAPIM-KPT merupakan anugerah berprestij tertinggi kebangsaan bagi mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Untuk anugerah ini, DBP telah meraih kejayaan bagi kategori Anugerah Buku Ilmiah Popular (Tempat Ketiga), Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (Hadiah Penghargaan bidang Sains, Teknologi dan Perubatan), Anugerah Karya Suntingan Terbaik (Pencalonan Tertinggi), Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Tempat Kedua bidang Sains, Teknologi dan Perubatan) dan Editor Naskhah Terbaik (Hadiah Penghargaan bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial).

Zalimah Yahya yang memenangi Anugerah Editor Naskhah Terbaik dalam Anugerah MAPIM-KPT 2017.

Zalimah Yahya yang memenangi Anugerah Editor Naskhah Terbaik dalam Anugerah MAPIM-KPT 2017.

Anugerah Buku Ilmiah Popular (Tempat Ketiga) dimenangi oleh buku yang berjudul Zainal Abidin III: Biografi Sultan yang Adil dan Alim, yang ditangani oleh Rohaida Baharudin. Suzana Ibrahim yang menjadi editor buku berjudul Bakau: Rhizophoraceace: Anatomi dan Mikromorfologi Daun memenangi Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (Hadiah Penghargaan bidang Sains, Teknologi dan Perubatan). Norizan Muslim yang menjadi editor buku berjudul Perancangan Bahasa: Ideologi Bahasa Melayu memenangi Anugerah Karya Suntingan Terbaik (Pencalonan Tertinggi). Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Tempat Kedua bidang Sains, Teknologi dan Perubatan) dimenangi oleh Mohd Faizal Rus Zerli melalui buku yang berjudul Teori Nombor. Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Hadiah Penghargaan bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial) pula dimenangi oleh Zalimah Yahya dengan buku yang berjudul Memahami Kecacatan Bahasa dan Komunikasi.

Anugerah Buku Negara anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara pula diadakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang menjadi acara tahunan dalam kalendar industri perbukuan dan penerbitan. Anugerah Buku Negara merupakan salah satu laluan bagi membolehkan penggerak industri buku negara untuk mempertandingkan buku terbitan mereka dalam Anugerah Akademik Negara atau mana-mana penganjuran anugerah yang lebih berprestij. Untuk anugerah ini, buku terbitan DBP telah meraih kejayaan dalam beberapa kategori yang dipertandingkan oleh pihak penganjur. Jika pada tahun 2017, DBP berbangga apabila empat judul bukunya memenangi kategori buku seni terbaik, buku linguistik terbaik, buku remaja terbaik dan buku biografi (seni) terbaik.

Suzana Ibrahim yang memenangi dua kategori buku terbaik dalam Anugerah Buku Negara dan kategori Buku Ilmiah Terbaik dalam Anugerah MAPIM-KPT 2017.

Suzana Ibrahim yang memenangi dua kategori buku terbaik dalam Anugerah Buku Negara dan kategori Buku Ilmiah Terbaik dalam Anugerah MAPIM-KPT 2017.

Kejayaan DBP lebih berganda apabila lapan judul buku baharu terbitannya memenangi pelbagai kategori dalam Anugerah Buku Negara bagi tahun 2018. Suzana Ibrahim memenangi dua kategori, iaitu buku Ginekologi: Ilmu Kesihatan Wanita bagi kategori Buku Perubatan Terbaik dan buku Bakau: Rhizophoraceace: Anatomi dan Mikromorfologi Daun bagi kategori Buku Sains dan Teknologi Terbaik. Buku Tumbuhan Ubatan Terpilih: Pembiakan Melalui Teknik Kultur Tisu yang ditangani oleh Noraini Abdul Hamid memenangi kategori Buku Bioteknologi Terbaik. Seterusnya, buku Minyak Pelincir Berasaskan Tumbuhan yang ditangani oleh Siti Mariam Othman memenangi kategori Buku Kejuruteraan Terbaik. Buku berjudul Tanggam Rumah Melayu yang ditangani oleh Darul Azrita Ismail dinobatkan sebagai penerima kategori Buku Warisan Seni Bina Terbaik.

DBP juga berbangga kerana terbitannya dalam genre kreatif turut mendapat pengiktirafan dalam Anugerah Buku Negara. Buku puisi berjudul Warkah kepada Sang Sapurba yang ditangani oleh Wardati Md. Sheriff memenangi kategori Antologi Puisi Terbaik. Novel kanak-kanak dan remaja terbitan DBP juga mendapat tempat dalam anugerah ini apabila dua judul terpilih sebagai pemenang. Buku berjudul Budak California yang ditangani oleh Fazilah Mohamadeni memenangi Kategori Novel Kanak-kanak Terbaik manakala judul Kembara Iman yang ditangani oleh Khatijah Ismail memenangi kategori Novel Remaja Terbaik.

Semua editor yang memenangi anugerah tersebut menerima sijil penghargaan daripada Datuk Abdul Adziz Abas, Ketua Pengarah DBP. Anugerah berprestij seumpama ini sememangnya menjadi pembakar semangat kepada para editor agar terus menjadi “arkitek buku” yang terbaik dalam dunia penerbitan buku. Secara tidak langsung, judul buku yang berjaya meraih pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam anugerah tersebut melonjakkan nama DBP di persada penerbitan buku seterusnya membantu meningkatkan jualan buku DBP yang mengangkat moto “Lambang Buku Bermutu”.

Selepas penyampaian sijil penghargaan, para editor bergambar bersama-sama Pengurusan Tertinggi DBP.

Selepas penyampaian sijil penghargaan, para editor bergambar bersama-sama Pengurusan Tertinggi DBP.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1034570
    Visit Today : 786
    This Month : 17169
    Total Visit : 1034570
    Hits Today : 3393
    Total Hits : 4241727
    Who's Online : 10
  • Kategori