OLEH TUAN HAJI WAN MOHD SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

APABILA sesuatu kata dasar bergabung dengan akhiran -an, maka kata tersebut akan membawa makna pekerjaan, perkara atau benda yang dihasilkan oleh kata kerja tersebut.

Dari sudut pengejaannya pula, dalam tulisan Jawi akhiran -an dilambangkan dengan huruf nun sahaja atau huruf hamzah dengan nun dan juga huruf alif dengan nun.

Sebagai contoh:

Kata dasar yang berakhir dengan suku kata tertutup atau suku kata terbuka [i] biasanya imbuhan akhiran -an dilambangkan dengan huruf nun sahaja. Contoh:

RUMI جاوي
Karang + an Karangan كارڠن كارڠ + ن
Asuh + an Asuhan اسوهن اسوه + ن
Basuh + an Basuhan باسوهن باسوه + ن
Coret + an Coretan چوريتن چوريت + ن
Daki + an Dakian داكين داكي + ن
Hari + an Harian هارين هاري + ن
Masak + an Masakan ماسقن ماسق + ن
Pukul + an Pukulan ڤوكولن ڤوكول + ن
Simpan + an Simpanan سيمڤنن سيمڤن + ن
Tebus + an Tebusan تبوسن تبوس + ن

 

Kata dasar yang berakhir dengan suku kata terbuka [a] biasanya imbuhan akhiran -an dilambangkan dengan huruf hamzah dan nun. Contoh:

RUMI جاوي
Bawa + an Bawaan باواءن باوا + ءن
Pelawa + an Pelawaan ڤلاواءن ڤلاوا + ءن
Sara + an Saraan ساراءن سارا + ءن

 

Kata dasar yang berakhir dengan suku kata terbuka [u] biasanya imbuhan akhiran -an dilambangkan dengan huruf hamzah dan nun. Contoh:

RUMI جاوي
Buru + an Buruan بوروان بورو + ان
Catu + an Catuan چاتوان چاتو + ان
Palu + an Paluan ڤالوان ڤالو + ان
Satu + an Satuan ساتوان ساتو + ان

Berdasarkan contoh-contoh di atas dapat kita simpulkan bahawa akhiran -an dalam pengejaan Jawi berubah bentuknya perlambangannya mengikut suku kata akhir sesuatu kata dasar.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014563
    Visit Today : 592
    This Month : 33907
    Total Visit : 1014563
    Hits Today : 2344
    Total Hits : 4139146
    Who's Online : 17
  • Kategori