mila

Judul              :           Patah Tumbuh Hilang Berganti

Penulis           :           Maslina Yusoff

Harga             :           RM9.90

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini menceritakan tentang Mila yang baru dihadiahi seekor burung murai oleh bapa saudaranya, iaitu Pak Su Azman. Pak Su Azman terjumpa burung tersebut di belakang rumahnya dalam keadaan sayap kirinya hampir patah lalu merawatnya. Burung murai itu kini telah sembuh.

Mila memelihara murai tersebut dengan begitu baik. Dia memberikan bijirin dan air seperti yang telah dipesan oleh Pak Su Azman. Setelah hampir sebulan tempoh Mila memelihara murai, Mila mula sayang akannya. Mila selalu bercakap dengan murai dan murai pula membalasnya dengan kicauan. Murai akan berkicau sambil menari-nari dalam sangkar setiap kali melihat Mila pulang dari sekolah.

Pada suatu hari, murai tidak berkicau seperti biasa. Mila gusar akan murai dan membuka sangkar bagi mengambil murai. Sebaik-baik sahaja Mila memasukkan tangannya ke dalam sangkar, murai terus terbang. Mila amat sedih akan kehilangan murai. Setiap hari dia menunggu kepulangan murai.

Pada suatu hari, Mila dikejutkan dengan kicauan burung lain yang lebih merdu berbanding dengan kicauan murai. Kemudian, Mila ternampak seekor burung sedang berkicau di atas dahan sebatang pokok di hadapan rumahnya. Rupa-rupanya itu ialah burung kenari. Sejak hari itu, kenari selalu datang dan berkicau bersama-sama rakan-rakannya di dahan pokok di hadapan rumah Mila.

Mila memberikannya bijirin dan air kepada kenari dan rakan-rakannya. Kisah ini boleh dikaitkan dengan peribahasa “patah tumbuh hilang berganti”.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044533
    Visit Today : 954
    This Month : 27132
    Total Visit : 1044533
    Hits Today : 3297
    Total Hits : 4288270
    Who's Online : 12
  • Kategori