Oleh ZAIDI ISMAIL

PADA 9 Mac 2018, di Dewan Seminar Dato’ Hassan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan Wacana Pengurusan. Wacana “Jati Diri Bangsa dan Bahasa” anjuran Akademi DBP ini telah disampaikan oleh Dato’ Haji A. Aziz Deraman, Presiden Peradaban Melayu Malaysia-Kelantan (PERADABAN) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah DBP.

Dato’ Haji A. Aziz Deraman ketika menyampaikan wacana pengurusan bertajuk “Jati Diri Bangsa dan Bahasa”.

Dato’ Haji A. Aziz Deraman ketika menyampaikan wacana pengurusan bertajuk “Jati Diri Bangsa dan Bahasa”.

Menurut beliau, “Jati diri ialah sifat atau citra yang unik dan istimewa dari segi agama, bahasa, budaya, seni, warisan, kebendaan dan sebagainya. Citra tersebut menjadi teras dan lambang keperibadian sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa itu pula akan berhubung melalui bahasa sebagai wahana komunikasi umum, dan bahasa itu pula akan membina budaya atau cara hidup yang merupakan salah satu aspek jati diri bangsa.”

Katanya lagi, “Agama dan kebudayaan merupakan antara jati diri Melayu yang utama. Bangsa Melayu dengan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam membawa pembaharuan dan perubahan kepada dasar-dasar intelektualisme, rasionalisme, dan membentuk keperibadian mulia insan bangsa Melayu. Kebudayaan pula merangkumi falsafah dan pemikiran, nilai dan norma, kesenian, dan aspek kebendaan. Jadi, bangsa Melayu memerlukan pendidikan agama dan budaya.”

Saifullizan bin Yahaya, Ketua Akademi DBP ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Saifullizan bin Yahaya, Ketua Akademi DBP ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Di negara kita, bahasa Melayu telah dikanunkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan diperkukuh dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Bahasa telah menjadi asas pembinaan tamadun dan bahasa merupakan pancang utama kepada jati diri bangsa Malaysia.

Jati diri Melayu tetap relevan kepada generasi muda, khasnya golongan belia yang merupakan generasi pascamerdeka. Golongan ini sudah tentulah merupakan generasi yang tidak pernah mengalami pahit maung sebelum merdeka. Jati diri Melayu sebagai rakyat asal negara seperti yang telah dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan itu yang sifatnya kekal relevan menjadi asas-asas kepada jati diri bangsa Malaysia hingga kini.

Antara tetamu yang hadir dalam wacana tersebut.

Antara tetamu yang hadir dalam wacana tersebut.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1034493
    Visit Today : 709
    This Month : 17092
    Total Visit : 1034493
    Hits Today : 2320
    Total Hits : 4240654
    Who's Online : 9
  • Kategori