Oleh FATHIN NABILA ABDULLAH

DEMI menyahut seruan era digital, Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Ekonomi Digital pada 19 Februari 2018. Bengkel yang berlangsung di Dewan Seminar Datuk Hassan Ahmad ini dihadiri oleh kakitangan DBP.

Mohd. Nizam Mahshar

Mohd. Nizam Mahshar

Pemudah cara bengkel ini ialah Encik Mohd. Nizam Mahshar, Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Fungsi Komersial DBP. Ahli panel yang menjayakan bengkel ialah Encik Abdul Fattah Mohamed Yatim, Ahli Majlis, Institusi Kejuruteraan Malaysia dan Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku.

Bengkel ini diadakan bagi mencambahkan idea untuk memperkasakan penerbitan digital DBP. Selain itu, bengkel ini juga mendedahkan karyawan DBP kepada penerbitan yang serasi dengan ekonomi digital. Bengkel ini juga memberikan ruang kepada karyawan DBP bagi mendapatkan gambaran tentang ekonomi digital secara umum dan hubung kaitnya dengan penerbitan bahan bacaan DBP. Hal ini juga merupakan salah satu langkah memperbanyak bahan digital supaya DBP dapat mempelbagaikan pendapatan.

Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar

Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar

Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Mohd. Nizam. Dalam ucapan ini, beliau menerangkan bahawa dunia buku dibahagikan kepada dua jangka masa, iaitu proses pengkaryaan dan proses pembacaan.

Oleh itu, penggunaan digital ini dapat memudahkan proses penerbitan buku malah meningkatkan perkembangannya sama ada di peringkat global atau tempatan. Hal ini patut diberikan perhatian dengan melakukan pelaburan bukan sahaja dari segi kewangan malahan bakat dan teknologi.

Menurut Sayed Munawar, teknologi dapat memberikan dampak yang berbeza kepada orang ramai, yang mengubah cara berfikir, bertindak balas dan cara beroperasi dalam dunia penerbitan. Dalam sesi ini, isu yang dibangkitkan ialah perkembangan dunia digital sama ada dari sudut penerbitan atau pengkaryaan. Sayed Munawar menyebutkan bahawa jika kita mahu melihat perkembangan dunia digital, kita harus melihat titik semasa. Dari titik semasa inilah kita dapat melihat teknologi berkembang dengan pesatnya tanpa ada batasan.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa pemilikan data raya pada era ini menentukan tahap kekuasaan sesuatu pihak. Selain itu, repositori ilmu penting untuk generasi masa hadapan. Penyimpanan secara digital sebarang jenis kandungan yang dihasilkan untuk tujuan penerbitan adalah wajib. Jika hal tersebut tidak dilaksanakan, pihak luar akan mengambil alih tugas tersebut dan kita terpaksa meminta izin mereka untuk mengakses bahan kita sendiri.

Abdul Fattah Mohamed Yatim

Abdul Fattah Mohamed Yatim

Abdul Fattah pula memberikan pencerahan tentang blockchain dan Revolusi 4.0. Blockchain ialah teknologi ekonomi budaya sosial yang perlu dititiberatkan kerana menyediakan nilai internet yang sesuai untuk dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan dan negara.

Menurut Abdul Fattah lagi, pelaksanaan blockhain setakat ini masih di peringkat sederhana dan dunia sedang menuju ke arah itu. Antara fungsi penting blockchain adalah menghalang penghasilan sijil palsu.

Kesimpulannya, kita perlu membuat pelaburan bukan sahaja dari segi wang ringgit bahkan juga bakat dan juga sumber manusia kita untuk mendepani penerbitan digital. Malahan ekonomi berasaskan teknologi perlu dipertingkatkan dalam seluruh organisasi supaya sistem pembangunan boleh senada dan seirama dengan dunia yang serba dinamik.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013975
    Visit Today : 4
    This Month : 33320
    Total Visit : 1013975
    Hits Today : 6
    Total Hits : 4136808
    Who's Online : 15
  • Kategori