OLEH SHARMILA SARAVANAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan platform bagi kanak-kanak mencipta karya serta berusaha meningkatkan penghasilan karya sastera Melayu dalam kalangan kanak-kanak dengan memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan hasil ciptaan mereka dalam majalah Dewan Pelajar, terbitan DBP.

Penganjuran Majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) pada 28 November 2017 yang lalu merupakan penganjuran yang pertama kali digabungkan bersama-sama dengan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTC) 2015 dan 2016 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Ia bertujuan memberi penghargaan kepada penulis yang menyumbangkan ilmu mereka dalam penghasilan karya terbaik.

Pemenang yang berjaya mendapat Hadiah Sastera Tunas Cipta  bagi kategori Kanak-kanak dan Remaja.

Pemenang yang berjaya mendapat Hadiah Sastera Tunas Cipta
bagi kategori Kanak-kanak dan Remaja.

Bagi kategori kanak-kanak, Hadiah Sastera Tunas Cipta diberikan. HSTC dilaksanakan pada tahun 1986 hingga 2001 bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada karya dalam genre puisi, cerpen dan rencana remaja yang disiarkan dalam majalah Tunas Cipta, Dewan Pelajar serta Dewan Siswa terbitan DBP dan majalah terbitan luar.

Lima orang kanak-kanak memenangi HSTC bagi kategori puisi yang hadiahnya bernilai RM200. Antara pemenangnya ialah Nur Naazira Mohamad mencipta karya berjudul “Jasa Ibu”, Farhan Marwoto menulis puisi “Layang-layang”, Puisi “Rama-rama” yang ditulis oleh Nur Anis Fasihah Zainal, Adib Muhammad Daniel Haizul mencipta karya yang bertajuk “Guru” serta puisi berjudul “Impian Keluarga”, karya ciptaan Ahmad Faiz Hakimi Adnan.

Dato Sri Alias Bin Haji Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dato Sri Alias Bin Haji Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Bilangan yang sama iaitu lima orang kanak-kanak memenangi HSTC bagi kategori cerpen, iaitu Amirul Asraff Azmi menulis cerpen bertajuk “Bercuti di Ho Chi Minh”, “Singa dan Sang Tupai” karya Wan Muhammad Firdaus Wan Md Suhaimi. Seterusnya Muhammad Isyraf Fahmi Shah Yusnaidi, menulis cerpen bertajuk “Orang Tamak Selalu Rugi”, Nada Amalia Batrisyia dengan karyanya yang berjudul “Menjadi Mangsa Penculikan” serta cerpen yang bertajuk “Pertandingan Badminton” yang ditulis oleh Mohd Nuruddyin Hafiz Haridyn. Hadiah yang dimenangi adalah bernilai RM300.

Antara pemenang Hadiah Sastera Tunas Cipta.

Antara pemenang Hadiah Sastera Tunas Cipta.

Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP serta Panel Penilai.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014331
    Visit Today : 360
    This Month : 33676
    Total Visit : 1014331
    Hits Today : 1054
    Total Hits : 4137856
    Who's Online : 13
  • Kategori