OLEH SHARMILA SARAVANAN

Lakonan hebat kanak-kanak dalam masa 10 minit, memeriahkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Pertandingan Teater Pendek Kanak-kanak 10 minit yang di adakan pada 23 November 2017 yang lalu telah disertai oleh kanak-kanak dari enam buah sekolah.

Pertandingan ini diadakan bagi mengembangkan dan meningkatkan pertuturan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak. Majlis dimulai dengan persembahan tarian yang menarik oleh kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Damansara.

Pertandingan teater pendek 10 minit ini dinilai oleh juri dalam beberapa aspek penting, iaitu daripada segi lakonan, teknikal, kejelasan konsep, kelancaran persembahan, suara, emosi, pemakaian dan keharmonian.

Kelab Teater SK Bandar Tasik Puteri,  Johan Pertandingan Teater Pendek Kanak-kanak 10 Minit.

Kelab Teater SK Bandar Tasik Puteri,
Johan Pertandingan Teater Pendek Kanak-kanak 10 Minit.

Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh Kelab Teater SK Bandar Tasik Puteri dengan tajuk teaternya “Fantasia” arahan Mohd Izman. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 dan sijil penyertaan. Naib johan pula dimenangi oleh Kumpulan Generasi Muda dari SK Simpang yang membuat persembahan teater bertajuk “Kampung Sepakat”. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 dan sijil penyertaan. Manakala Kumpulan SK Temoh dengan teaternya bertajuk “Bumiku Merdeka, menyatukan kita bangsa Malaysia” berjaya memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM700 dan sijil penyertaan. Manakala peserta dari Kelab Seni Kenchana, Putrajaya serta Kumpulan Teater Seni Temenggong, masing-masing menerima hadiah sagu hati berjumlah RM500 dan sijil penyertaan.

Tempat Kedua dimenangi oleh Kumpulan Generasi Muda dari SK Simpang.

Tempat Kedua dimenangi oleh
Kumpulan Generasi Muda dari SK Simpang.

Seterusnya, Mohd Izman, pengarah skrip teater “Fantasia” telah dinobatkan sebagai pengarah terbaik manakala pelakon terbaik pula dimenangi oleh peserta daripada sekolah yang sama, SK Bandar Tasik Puteri yang melakonkan watak ‘ketua komunis’.

Kumpulan Sk Temoh, berjaya mendapat  tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Kumpulan Sk Temoh, berjaya mendapat
tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Pertandingan Teater Pendek Kanak-kanak 10 minit ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Ismail, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Encik Khairul Azman, Pengurus Operasi Alam Flora, Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP dan Tuan Haji Mohd Salahuddin, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP.

Sila Beri Pandangan


  • Laman

  • Arkib