OLEH HUMAIRA ABDUL RAHMAN

Perak merupakan sebuah negeri di utara Malaysia yang berkeluasan kira- kira 21,005 km2 iaitu 6.4% dari jumlah keluasan Malaysia. Perak juga merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Perak mempunyai 24 kawasan parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah (Portal 1Klik, 14 November 2008). Perak mempunyai pelbagai khazanah dan bahan sejarah kerana Negeri Perak telah wujud pada zaman pra sejarah. Kewujudan Perak pada awal evolusi manusia terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosil-fosil manusia (Portal Rasmi Negeri Perak, 27  Mei 2016).

Sempena tahun melawat Perak 2017, Kellie’s Castle di Batu Gajah telah dipilih sebagai  salah satu tarikan pelancongan sejarah di Negeri Perak. Batu Gajah terletak di mukim Sungai Terap iaitu salah satu sebuah mukim dalam Jajahan Kinta. Dengan tema “World Of Wonders”, Tahun Melawat Perak 2017 telah menyasarkan seramai 7 juta pelancong ke Perak iaitu 500 ribu pelancong antarabangsa dan selebihnya ialah rakyat tempatan. Penerbit buku pelancongan antarabangsa terbesar dunia, Lonely Planet te­lah menyenaraikan Perak sebagai wilayah kesembilan terbaik dunia untuk dilawati pada tahun 2017 (KhairulAbidin Nuar, 2017).

Copy of IMG20170201111820

Kellie’s Castle diangkat sebagai “Istana Eropah”.

william

Foto William Kellie Smith dan Isterinya, Agnes selepas tiba di Tanah Melayu.

Kellie’s Castle merupakan salah satu tarikan pelancongan sejarah di Negeri Perak. Istana lama ini telah lebih 112 tahun dibina iaitu pada tahun 1905. Istana ini masih kukuh dan baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan. Istana ini dimiliki oleh seorang rakyat Scotland iaitu William Kellie Smith yang memiliki 200 ekar tanah di Batu Gajah dan mengusahakan beberapa tanaman seperti ladang kelapa sawit dan getah. William Kellie Smith membina istana tersebut sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran anak lelakinya, Anthony dan tanda cinta kepada isterinya, Agnes. Istana yang besar ini mempunyai pelbagai keistimewaan dari aspek seni bina dan bahan-bahan pembinaan yang dibawa masuk dari India dan mempunyai pengaruh agama Hindu yang kuat (Harith Faruqi Sidek, 22 Julai 2012).

Smith telah merancang sebuah rumah berbentuk mirip senibina orang-orang Madras dengan semua barang-barang pembinaan diimport dari India. Ini kerana beliau terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India. Pembinaan Kellie’s Castle telah menarik perhatian penduduk tempatan kerana mempunyai lif pertama di Tanah Melayu dan turut mempunyai terowong. Beliau telah membawa sejumlah besar pekerja buruh India untuk membina Kellie’s Castle bagi mendapatkan seni bina India asli.

will 2

Antara mangsa-mangsa yang dijangkiti wabak selsema Spanish.

Pembinaan Kellie’s Castle telah mengambil masa yang lama. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penangguhan pembinaan istana tersebut. Antara faktor terbesarnya ialah penyebaran wabak selsema Spanish yang melanda seluruh Eropah sehingga ke Asia. Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969. Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang. (Utusan Online, 20 Ogos 2009).

hindu-temple-kellie-s

Patung William Kellie Smith diletakkan bersama patung-patung yang lain di atas sebuah kuil berdekatan dengan Kellie’s Castle.

Disebabkan wabak tersebut, ramai pekerja ladang dan pembinaan rumah istananya dijangkiti wabak tersebut dan menyebabkan kematian. Kerja-kerja pembinaan tergendala pada masa tersebut. Beliau mengalami banyak kerugian wang kerana pembelian sumber dan alat-alat pembinaan. Pekerja-pekerja India yang terselamat meminta Kellie Smith membina kuil untuk mententeramkan Tuhan kerana mereka percaya wabak tersebut terjadi disebabkan kemarahan Tuhan. Mereka membina sebuah kuil berdekatan kawasan pembinaan istana tersebut. Selepas membina kuil tersebut, para pekerja kembali sihat dan meneruskan kerja-kerja pembinaan istana tersebut.

zo1

Kawasan ruang tamu Kellie’s Castle.

Selain itu, projek pembinaan istana tersebut terhenti apabila William Kellie Smith meninggal dunia. Pelbagai maklumat tersebar mengenai kematian beliau. Pada tahun 1926, ada yang mengatakan bahawa William serta anaknya Helen telah pergi ke Lisbon, Portugal sebelum meneruskan perjalanan ke England untuk melawat Agnes dan Anthony. Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa William Kellie pulang ke England untuk membawa balik set lif yang ingin beliau pasang di menara istananya (News Strait Times, 27 Mei 2008).

will 3

Antara bilik-bilik di tingkat bawah istana tersebut.

Selepas lebih 112 tahun Istana ini menjadi bangunan terbiar, Jawatankuasa Pelancongan Negeri Perak menjalankan kerja menaik taraf kawasan tersebut di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10). Projek yang menelan kos sehingga RM 5 juta ini adalah untuk menaik taraf Kellie’s Castle sebagai “Istana Eropah” (BERNAMA, 20 Oktober 2011).

Menurut Encik Thalha Mohammad Afendy, penyelia Kellie’s Castle, beliau memberitahu bahawa setiap fakta dan penemuan baharu akan menjadikan setiap cerita itu berubah-ubah. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa mencari penemuan baru di kawasan tersebut untuk menambah bukti-bukti dan fakta-fakta mengenai Kellie’s Castle.

Kawasan tapak yang tidak sempat disiapkan dan rosak semasa Perang Dunia Kedua.

Kawasan tapak yang tidak sempat disiapkan dan rosak semasa Perang Dunia Kedua.

Kellie’s Castle menunjukkan kekukuhan monumen pembinaan masa lampau yang kukuh sehingga kini. Proses konservasi menjadikan tempat tersebut berlaku sedikit perubahan apabila dibaiki jika mempunyai kerosakan.

Kesimpulannya, hasil daripada kajian dan pembacaan penyelidik mengenai Kellie’s Castle, ia menunjukkan bahawa kawasan pelancongan Kellie’s Castle bukan kawasan pelancongan sejarah yang biasa, malah kawasan tersebut terus dijadikan sebagai sebahagian daripada kajian sejarah oleh kebanyakan pihak termasuklah pihak paranormal yang membuat kajian di kawasan tersebut.

RUJUKAN

Bernama. (20 Oktober 2011). Kellie’s Castle dinaik taraf jadi ‘Istana Eropah’. Dimuat turun dari

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=621315&cat=ut. Diakses pada 5 Mac 2017

Khairul Abidin Nuar. (2017, Januari 2). Misi jayakan Tahun Melawat Perak 2017. Berita Utusan Online. Dimuat turun dari http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/misi-jayakan-tahun-melawat-perak-2017-1.426797. Diakses pada 5 Mac 2017.

Low Mei May. (2008, Mei 27). Castle of love and tragedy. New Straits Times. Dimuat turun dari http://iamyourgurupntay.blogspot.my/2011/08/kellies-castle-1994.html. Diakses pada 7 Mac 2017

Portal 1Klik. (2008, November 14). Profil negeri Perak. Dimuat turun dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/8851-profil-negeri.html. Diakses pada 10 April 2017.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. (2016, Mei 27). Sejarah ringkas negeri Perak. Dimuat

turun dari http://www.perak.gov.my/index.php/kerajaan-negeri/mengenai-perak/sejarah-ringkas. Diakses pada 10 April 2017.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1034751
    Visit Today : 967
    This Month : 17350
    Total Visit : 1034751
    Hits Today : 4759
    Total Hits : 4243093
    Who's Online : 14
  • Kategori