Oleh NORSUHAILA IBRAHIM 

SIMPULAN bahasa merupakan satu daripada jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata atau lebih yang membawa makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan yang digunakan dengan maksud yang tepat dan padat.

Simpulan bahasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat, tingkah laku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Sejak dahulu lagi, simpulan bahasa sangat penting dalam menyampaikan hasrat dan menyampaikan hajat di hati sama ada bermaksud baik ataupun tidak. Selain digunakan sebagai alat untuk mendidik, menyindir, dan menasihati, simpulan bahasa juga merupakan medium untuk menyelitkan pengajaran nilai Melayu kepada masyarakat. Nilai malu yang berkait rapat dengan nilai maruah merupakan nilai yang ditemukan dalam penggunaan simpulan bahasa.

Simpulan bahasa banyak fungsinya dalam budaya Melayu. Penggunaan simpulan bahasa dalam pertuturan harian sebagai ungkapan bahasa menjadikan bahasa berkias satu madah yang indah didengar walaupun di dalamnya mengandungi pengajaran ataupun sindiran yang tajam yang tidak mungkin dapat diluahkan dengan menggunakan bahasa biasa / bahasa basahan (Harun Mat Piah 2003). Bahasa akan menjadi kering dan membosankan jika tiada peribahasa yang menghiasinya (Hassan Ahmad 1996). Dalam dunia penyelidikan akademik, simpulan bahasa tidak dianggap sebagai fenomena linguistik semata-mata tetapi lebih merupakan wadah budaya yang mengekspresikan kepercayaan, nilai, persekitaran kehidupan harian dan cara-cara untuk berkelakuan sesuai dengan budaya sesebuah masyarakat (Gibbs 1995). Oleh sebab itulah kajian tentang simpulan bahasa sentiasa menjadi titik tumpuan kajian oleh para sarjana dalam pelbagai bidang di seantero dunia.

Selain bidang bahasa dan linguistik, kajian tentang makna dan nilai dalam bahasa berkias ini turut menarik perhatian para sarjana dalam bidang psikologi, sosiologi dan antropologi, pendidikan, komunikasi, dan kesusasteraan (Vega-Moreno 2003). Hal yang sama juga berlaku dalam dunia ilmu bahasa berkias Melayu, kajian tentang makna dan nilai bahasa berkias memang sentiasa menjadi medan tumpuan para pengkaji dan sarjana bahasa.

Simpulan bahasa merupakan sebahagian bahasa berkias Melayu yang merupakan khazanah bangsa yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan nilai budaya dan pemikiran Melayu. Kata Hassan Ahmad (2007), orang Melayu dahulu kala berfikir, mencetuskan idea, berfalsafah dan menyampaikan ilmu dengan menggunakan kiasan, perumpamaan, tamsil ibarat, bahasa figuratif dan metafora. Penggunaan simpulan bahasa sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan mempamerkan kebijaksanaan, keprihatinan dan kemahiran penutur menggunakan bahasa berkias yang sesuai, dan tepat konteks penggunaannya. Penggunaan simpulan bahasa dalam penulisan novel kajian ini juga telah menjadikan gaya bahasanya amat indah, tepat kepada maksud yang diinginkan dan menarik perhatian pembaca. Penggunaan bahasa berkias juga membuktikan bahawa pemikiran masyarakat Melayu sudah tinggi dan setanding dengan budaya pemikiran masyarakat lain di dunia ini. Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam bahasa berkias.

Penggunaan simpulan bahasa dalam karangan atau esei akan menjadikan sesuatu hasil tulisan yang dibuat itu menjadi lebih menarik. Hari ini kita akan mempelajari istilah-istilah simpulan bahasa yang menggunakan perkataan “angkat”.Pelbagai simpulan bahasa tentang perkataan “angkat” digunakan oleh masyarakat Melayu antaranya adalah seperti jadual berikut:

 Bil Perkataan Maksud
 1. Angkat diri SombongContoh ayat:“Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu”, kata Cikgu Ali kepada Shamsul.
 2. Angkat kaki Beredar meninggalkan sesuatu tempat Contoh ayat:Aini angkat kaki selepas majlis penyampaian hadiah selesai.
 3. Angkat muka Menentang atau MelawanContoh ayat:Apabila ibunya pulang, barulah Sani berani angkat muka.
 4. Angkat senjata BerperangContoh ayat:Apabila tiba masanya, pihak musuh akan angkat senjata untuk menyerang.
 5. Angkat suara Meninggikan suaraContoh ayat:Hormatilah guru anda, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.
 6. Anak angkat Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri/ Anak orang yang diambil dan dijadikan anak sendiriContoh ayat:Salmah bersetuju untuk mengambil Ani sebagai anak angkat.
 7. Abang angkat Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.Contoh ayat:Ani mempunyai seorang abang angkat bernama Razali.
 8. Angkat kaki Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab.Contoh ayat:Halimah angkat kaki apabila Salbiah mengusiknya.
 9. Angkat alis Contoh ayat:Salimah mengangkat alis apabila melihat bungkusan misteri di hadapannya itu.
 10. Angkat bahu Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.Contoh ayat:Khadijah hanya angkat bahu apabila ditanya tentang budak yang dilanggar kereta itu.
 11. Angkat kening KehairananContoh ayat:Abu angkat kening ketika melihat bungkusan misteri itu.
 12. Angkat mata Menentang sesuatu tindakanContoh ayat:Rabiatul tidak berani angkat mata ketika dimarahi ibunya.
 13. Angkat nama TerkenalContoh ayat:Ziana sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.
14. Angkat sumpah Disuruh bersumpah/melakukan sumpah 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013874
    Visit Today : 1137
    This Month : 33219
    Total Visit : 1013874
    Hits Today : 4130
    Total Hits : 4136235
    Who's Online : 7
  • Kategori