Judul : Kaca di Lantai
Penulis : Alias Ismail
Harga : RM25.00
Tahun : 2016
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
KUMPULAN cerpen ini mengangkat persoalan yang merangkumi bahasa, budaya, sejarah, kekeluargaan dan kemasyarakatan, disulami pengalaman serta pengamatan penulis. Penulis mengharapkan pembaca mendapat manfaat daripadanya dan berfikir tentang jalur kehidupan yang berbeza daripada yang biasa ditanggapi.
Terdapat 18 buah cerpen yang pernah tersiar dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau terhasil daripada program anjurannya. Antaranya cerpen “Aura” yang memenangi hadiah Sayembara Cerpen Timur yang menonjolkan kesegaran yang tersendiri.