ezrin

Judul              :           Liku Hidup Perantau Minang: Dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur

Penulis           :           Ezrin Arbi

Harga             :           RM38.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

AUTOBIOGRAFI ini memaparkan perjalanan hidup dan kerjaya seorang jurubina yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada bidang seni bina institut pengajian tinggi khususnya dan negara amnya. Profesor Ezrin Arbi yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia mengikuti pengajian seni bina di Melbourne University, Australia, sebelum berhijrah ke Malaysia untuk menjadi pensyarah dan seterusnya menjadi rakyat Malaysia.

Liku-liku hidup yang dilaluinya wajar diteladani oleh generasi muda dan kalangan pensyarah. Beliau berusaha gigih membangunkan Malaysia dari aspek pendidikan, perancangan bandar dan seni bina sejak tahun 1960-an hingga hari ini. Di tangannya telah lahir banyak perbandaran dan deretan jurubina yang berkeupayaan tinggi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013676
    Visit Today : 939
    This Month : 33021
    Total Visit : 1013676
    Hits Today : 3196
    Total Hits : 4135301
    Who's Online : 9
  • Kategori