Oleh AIDA LIYANA YAAKOB

Ketua Pengarah DBP ketika menyampaikan ucapan.

Ketua Pengarah DBP ketika menyampaikan ucapan.

KEMERIAHAN Aidilfitri masih dirasai walaupun bulan Syawal hampir ke penghujungnya. Pada 18 Julai 2017 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 di pekarangan Bangunan Lama DBP.

Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran DBP, yang bertujuan meraikan Aidilfitri bersama-sama staf DBP, mantan staf dan rakan-rakan sinergi daripada pelbagai sektor. Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Abdul Adzis Abas dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar.

Penyampaian wakap buku DBP kepada wakil Pusat Tahfiz.

Penyampaian wakaf buku DBP kepada wakil pusat tahfiz.

Pada majlis itu juga, pihak DBP telah menyampaikan sumbangan wakaf buku kepada enam buah pusat tahfiz, iaitu sebuah dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan tiga buah dari Selangor yang mendapat manfaat daripada Program Wakaf Buku. Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar.

Program Wakaf Buku dilancarkan pada tahun 2017 dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor. Produk yang diketengahkan dalam program ini ialah Tafsir Mubin yang bernilai RM600 setiap set dan Tafsir Maudhu’iy bernilai RM550 setiap set. Program ini merupakan inisiatif baharu bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf untuk diwakafkan kepada mereka yang memerlukannya.

Antara tetamu-tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri DBP 2017

Sebahagian tetamu yang hadir di Majlis Aidilfitri DBP 2017.

Dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Abdul Aziz menyatakan kegembiraannya atas kehadiran ramai pengunjung, terutamanya undangan dari luar ke majlis berkenaan. Sambutan tersebut juga menjadi medan untuk memperkukuh ukhuwah sesama warga dan mantan staf DBP serta rakan sinergi DBP.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah.

Jamuan yang pelbagai dan enak dihidangkan secara bufet. Majis yang bermula pada pukul 12:30 tengah hari berakhir pada pukul 2:00 petang. Tergambar kegembiraan pada wajah hadirin, terutamanya staf DBP yang dapat bertanya khabar dan bermaaf-maafan sesama staf dan mantan staf.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037135
    Visit Today : 617
    This Month : 19734
    Total Visit : 1037135
    Hits Today : 2007
    Total Hits : 4254362
    Who's Online : 13
  • Kategori