Judul : Daun-daun Keramat
Penulis : Mana Sikana
Harga : RM40.00
Tahun : 2015
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
BUAH tangan terkini Mana Sikana menghimpunkan 30 buah cerpen yang menyentuh pelbagai persoalan – keagamaan, kekeluargaan, persahabatan, percintaan, kehidupan alam akhirat dan kematian. Cerpen-cerpen diolah dengan gaya bahasa yang kreatif, imaginatif di samping mengundang daya fikir kritis.
Kepelbagaian sudut pandang dan teknik penulisan yang digunakan dapat mengelakkan kejemuan. Ternyata penulis berjaya menampilkan karya yang sarat dengan nilai pemikiran positif dan berwawasan serta nilai akhlak dan moral yang tinggi dalam pembinaan sahsiah.
Penulis bukan sahaja menonjolkan aliran absurdisme malah surealisme dan eksistensialisme. Pembaca pasti dapat menikmati keindahan dan kelainan yang disajikan oleh penulis.