cikgu

 

Judul              :           Buah Hati Cikgu

Penulis           :           Muhd. Mansur Abdullah

Harga             :           RM15.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

JUDUL kumpulan cerpen ini menggambarkan bahawa buku ini sarat dengan kisah alam persekolahan, sementelahan penulis merupakan guru suatu ketika dahulu. Hal itu tidak benar kerana di dalamnya terdapat pelbagai kisah kehidupan yang menyentuh jiwa – alam persekolahan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.

Kisah yang dipaparkan amat dekat dengan kehidupan kita, terutamanya masyarakat Melayu. Gaya penceritaannya mengasyikkan dan terperinci sesuai dengan pengalaman peribadi penulis.

Latar belakang penulis dalam bidang kaunseling dititipkan dalam kebanyakan cerpen. Ini memberikan sentuhan yang luar biasa di samping garapan kisah yang menyentuh jiwa.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014576
    Visit Today : 605
    This Month : 33921
    Total Visit : 1014576
    Hits Today : 2404
    Total Hits : 4139206
    Who's Online : 13
  • Kategori