lambaian

 

Judul              :           Lambaian Menara Gading

Penulis           :           Khairiah Salwa Mokhtar dan Sakinah Abu Bakar

Harga             :           RM15.90

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

MENUNTUT ilmu di menara gading melewati usia remaja dan sudah berumah tangga mempunyai cabaran yang tersendiri. Apatah lagi jika menuntut di luar negara, cabaran yang dihadapi berlipat kali ganda.

Sepuluh kisah yang dinukilkan dalam buku ini mencoretkan pengalaman beberapa orang insan yang bertungkus lumus menimba ilmu dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Jika yang menuntut di luar negara sudah tentu berhadapan dengan aspek budaya, agama dan goegrafi yang berbeza dengan Malaysia yang memeritkan, mencabar dan menduga iman. Pengalaman dan dugaan yang ditempuhi jika tidak diuruskan dengan baik boleh menggagalkan perancangan untuk menggenggam ijazah.

Kisah-kisah yang dipaparkan sangat berguna bagi mereka – terutamanya wanita – yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036894
    Visit Today : 376
    This Month : 19493
    Total Visit : 1036894
    Hits Today : 1424
    Total Hits : 4253779
    Who's Online : 6
  • Kategori