Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

Buku-buku yang dilancarkan.

Pelancaran buku oleh YB Dato’ P. Kamalanathan.

PADA 3 Mei 2017 yang lalu, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Informatif Kanak-kanak DBP di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sebanyak tujuh siri buku dilancarkan iaitu Siri Keselamatan, Siri Bacaan Moral, Siri Pendidikan Adab dan Akhlak, Siri Cerita Saya dan Kawan-kawan, Buku Bergambar Kanak-kanak, Siri Haiwan Kecil, dan Siri Saya Sayang Badan Saya. Kesemua siri ini berjumlah 39 judul, yang ditulis oleh 13 orang penulis.

Ucapan pelancaran oleh Dato' P. Kamalanathan

Ucapan pelancaran oleh YB Dato’ P Kamalanathan a/l Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

Buku informatif kanak-kanak ini yang bertemakan keselamatan, nilai murni, pendidikan moral, pendidikan adab dan akhlak, perpaduan, kekeluargaan, kesihatan dan kebersihan, dan pengetahuan sains adalah bersifat umum, iaitu bahan bacaan informatif kanak-kanak di luar bilik darjah dan boleh juga digunakan sebagai bahan rujukan dalam bilik darjah oleh guru dan murid.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1. Dalam ucapan pelancaran, beliau menyatakan bahawa program pendidikan kanak-kanak sebenarnya mempunyai pertalian langsung dengan perkembangan industri  buku kanak-kanak di Malaysia dan program Galakan Membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak.

Beliau mengalu-alukan usaha DBP, penerbit-penerbit lain, pertubuhan sukarela dan pihak-pihak yang bertanggungjawab menyusun program pembacaan dan program pemupukan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Beliau turut menyarankan para penulis dan ilustrator buku kanak-kanak supaya lebih berani, selain kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu yang mencabar minda kanak-kanak hari ini.

Para penulis bergambar kenangan bersama-sama Dato' P. Kamalanathan

Para penulis bergambar kenangan bersama-sama YB Dato’ Kamalanathan dan dif-dif kehormat yang lain.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah, YBhg. Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, sebagai wakil Ketua Pengarah DBP.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044901
    Visit Today : 1322
    This Month : 27500
    Total Visit : 1044901
    Hits Today : 4931
    Total Hits : 4289904
    Who's Online : 6
  • Kategori