OLEH NORAZLINDA MISRAN

TAHUN 2017 merupakan tahun kesepuluh penganjuran Program Pembinaan Bakat Siswa, atau nama sebelum ini dikenali sebagai Akademi Sastera. Program ini merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada tahun ini, DBP mendapat kerjasama baharu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Belia Antarabangsa untuk melaksanakannya.

Salah seorang peserta yang mengikuti Program Pembinaan Bakat Siswa 2017.

Salah seorang peserta yang mengikuti Program Pembinaan Bakat Siswa 2017.

Antara tujuan program ini diadakan termasuklah membimbing mahasiswa supaya lebih memahami dan menghayati subjek sastera serta mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dalam kertas kajian yang dihasilkan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan insan yang berketerampilan ketika menyampaikan hujah dan memupuk daya kreativiti mahasiswa melalui perbincangan berdasarkan karya sastera, khususnya, dan dalam bidang lain umumnya.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sehubungan dengan itu, pada 7 dan 8 Mei 2017, telah diadakan pemilihan peserta terbaik Program Pembinaan Bakat Siswa (peringkat akhir) di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur, yang melibatkan 18 orang peserta mewakili Universiti Awam dan Swasta. Setelah dinilai, Amir Zakiy Hamzah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan tajuk kajian “Penenun Cinta Sebuah Manifestasi Hubungan Manusia dengan Pencipta dan Khalifah di Bumi Allah”, muncul sebagai johan Bakat Siswa 2017. Beliau menerima hadiah wang tunai RM2000, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Peserta dari Universiti Putra Malaysia, Ibrahim Latola menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1000, manakala tempat ketiga pula diraih oleh Nor Azimah Junus dari Universiti Sains Islam Malaysia yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800. Tiga hadiah sagu hati turut diberikan kepada Nur Amanina Suhaimi dari Universiti Teknologi Mara, Siti Syahirah Yusof dari Universiti Malaya dan Muhammad Jazlan Ahmad Kamarulzaman dari Universiti Kuala Lumpur.

Majlis penangguhan ini disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis penangguhan ini disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis penangguhan ini disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam ucapan penangguhannya, beliau berharap agar program ini dapat memupuk minat mahasiswa terhadap bidang kesusasteraan tanah air. Melalui teks sastera terpilih, dapat disalurkan pesan atau mesej tentang nilai murni sebagai insan, kesopanan, budi bahasa dan saling menghormati. Paparan kisah dalam teks sastera juga boleh menjadi teladan untuk persoalan yang positif dan sempadan untuk persoalan yang negatif.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044802
    Visit Today : 1223
    This Month : 27401
    Total Visit : 1044802
    Hits Today : 4511
    Total Hits : 4289484
    Who's Online : 7
  • Kategori