Oleh MOHD AMIZI IKMAN BIN AMRAN

SEBANYAK 22 buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertemakan perubatan telah dilancarkan di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Seramai 42 orang penulis yang menghasilkan buku perubatan ditulis sama ada secara perseorangan atau secara berkumpulan ini terdiri dalam kalangan pakar perubatan dan ahli akademik daripada enam buah IPTA dan dua buah hospital.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Penulisan 22 buah buku perubatan ini genre umum dan juga dua buah buku tersebut adalah genre sastera, iaitu novel yang bertemakan perubatan dan kesihatan. Antara buku yang dilancarkan ialah 100 Persoalan Mengenai Keseimbangan Badan, 100 Persoalan Mengenai Leukemia, 100 Persoalan Mengenai Penghidap Demensia, Anemia 1001 Persoalan, Apa yang Anda Perlu Ketahui Tentang Gigi Haus, Apa yang Anda Perlu Ketahui Tentang Talasemia, Penyusuan Ibu Cetusan Laktasi dan Relaktasi, Ginekologi Ilmu Kesihatan Wanita, Jarakkan Kelahiran, Kanser Kolorektal Pengesanan Rawatan dan Pencegahan, Kanser Mulut Pengesanan Rawatan dan Pencegahan, Kemurungan Mengancam Kehidupan, Mencapai Berat Badan Teknik Kekuatan Minda, Menghadapi Saat Kelahiran, Panduan Senaman untuk Kesihatan, Pendarahan Jangan Ambil Mudah, Rahsia Sihat Melalui Puasa, Tinitus Masalah dan Rawatan Telinga Berdesing, dan Tulang Penyokong Tubuh Manusia. Manakala, buku Mengejar Zuriat dan Penghujung Elegi pula merupakan novel bertemakan perubatan dan kesihatan.

Perasmi, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia berucap ketika melancarkan buku.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Beliau berkata, “Majlis pelancaran buku yang dianjurkan pada hari ini, merupakan satu wadah terbaik untuk memperkenalkan hasil karya penulis dalam kalangan pakar-pakar perubatan tempatan yang sekali gus dapat mendokumentasikan ilmu dan kepakaran mereka dalam bentuk penerbitan untuk bacaan masyarakat.” Tambahan beliau lagi, “Perkara ini menunjukkan bahawa pakar-pakar perubatan tempatan juga mampu untuk berkarya walaupun rutin tugas harian mereka padat tetapi mereka masih mampu untuk menulis buku.”

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis ini juga turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013873
    Visit Today : 1136
    This Month : 33218
    Total Visit : 1013873
    Hits Today : 4122
    Total Hits : 4136227
    Who's Online : 14
  • Kategori