Oleh HAFIZI AHMAD

SALAH satu objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Justeru, DBP dan Syarikat Arca Creative House Sdn. Bhd. telah bekerjasama dalam satu projek pelesenan adaptasi novel Srengenge, karya SN Dato’ Prof. Emeritus Haji Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP ke bentuk supertelefilem. Supertelefilem ini bakal ditayangkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1 pada 27 Mei 2017, pukul 9.00 malam. Bertepatan dengan usaha ini, satu forum dan majlis promosi supertelefilem Srengenge telah diadakan di Auditorium DBP, pada 25 April 2017.

Supertelefilem Srengenge yang akan ditayangkan pada 6 Mei 2017 di RTM 1

Supertelefilem Srengenge yang akan ditayangkan pada 6 Mei 2017 di RTM 1

Ucapan oleh Ketua Pengarah DBP

Ucapan oleh Ketua Pengarah DBP

Majlis ini telah dihadiri oleh Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Che Rohana Che Omar, Pengarah Seksyen Saluran TV, RTM, Datuk Che Azizuddin Che Ismail, Pengerusi Syarikat Arca Creative Sdn. Bhd., YBhg. Tuan Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah DBP,  Datuk Haji Abang Sallehudin bin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP. Turut hadir, para pelakon, para media dan anak SN Dato’ Prof. Emeritus Haji Shahnon Ahmad, Encik Asrulsani bin Shahnon.

Menurut Ketua Pengarah DBP, YBhg. Tuan Haji Abdul Adzis bin Abas, ketika menyampaikan ucapan, beliau menyatakan, penerbitan derivatif seperti ini perlu bagi melengkapkan taraf intelektual dan kualiti sesuatu produk penerbitan, serta meningkatkan nilai, tahap dan mutu serta kebolehpasaran kandungannya di peringkat yang berbeza.

Ucapan oleh Pengerusi Syarikat Arca Creative Sdn. Bhd., Datuk Che Azizuddin Che Ismail

Ucapan oleh Pengerusi Syarikat Arca Creative Sdn. Bhd., Datuk Che Azizuddin Che Ismail

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Pengerusi Syarikat Arca Creative Sdn. Bhd, Datuk Che Azizuddin Che Ismail. Beliau meminta agar karya-karya sastera yang lain turut diadaptasi agar masyarakat dapat mengenali karya-karya sastera dengan lebih dekat lagi.

Dalam majlis ini juga diadakan forum yang menampilkan tiga orang ahli panel iaitu pelakon utama supertelefilem Srengenge, Encik Eman Manan, pelakon Tuan Shahronizam Noor dan penulis skripnya, Puan Wan Mahani Wan Hassan. Manakala Encik Wahab Hamzah, Pengarah DBP Wilayah Utara sebagai moderator forum tersebut.

Menurut penulis, Srengenge berasal daripada perkataan Jawa Kuno yang bermaksud matahari. Namun, di dalam novel Srengenge, penulis merujuk Srengenge sebagai sebuah bukit yang wujud di sebuah kampung, yang dikenali sebagai Bukit Srengenge. Kewujudan Bukit Srengenge dalam novel ini digambarkan di Sik, Kedah.

Pelancaran Supertelefilem Srengenge oleh Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Pelancaran Supertelefilem Srengenge oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Melalui penceritaan Srengenge, isu utama yang ingin diperkatakan oleh penulis ialah konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme. Isu ini merupakan tabu kepada masyarakat kita sejak dahulu, dan amalan ini telah diketengahkan oleh penulis kepada masyarakat melalui penerbitan novel Srengenge ini pada tahun 1973. Karya Srengenge ini merupakan pemilihan yang tepat oleh pihak RTM dan Syarikat Arca Creative Sdn. Bhd. untuk memberikan gambaran visual novel tersebut yang sarat dengan pengajaran.

Barisan para pelakon yang membintangi Supertelefilem Srengenge

Barisan para pelakon yang membintangi Supertelefilem Srengenge

Supertelefilem Srengenge merupakan projek adaptasi ketiga dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2016, yang diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP selepas tayangan drama bersiri Kemboja di Hati di TV Alhijrah pada Januari 2016 dan telefilem Bening Cahaya Maulid untuk siaran TV3 bagi slot Maulidur Rasul pada 12 Disember 2016.

Supertelefilem arahan Mahuddin Ibrahim ini akan bersiaran selama dua jam, yang dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Eman Manan, Sahronizam, Padilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani. Penulis skrip bagi supertelefilem ini ialah Wan Mahani Hassan, dan penerbitnya ialah YBhg. Datuk Che Azizuddin Che Ismail.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013823
    Visit Today : 1086
    This Month : 33168
    Total Visit : 1013823
    Hits Today : 3876
    Total Hits : 4135981
    Who's Online : 9
  • Kategori