OLEH NORAZLINDA MISRAN

SASTERA khususnya puisi berupaya menjadi wadah yang menggabungkan kekuatan intelektual dan emosi dalam mengungkapkan mesej besar peradaban manusia. Dalam konteks Malaysia, puisi bukan sahaja menjadi warisan tradisi bangsa, bahkan dimanfaatkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dalam negara menuju kemajuan akal budi serta material.

Dalam suasana tanah air yang semakin mencabar, sastera termasuk puisi wajar menjadi salah satu wadah untuk rakyat Malaysia bersatu hati dengan bertunjangkan semangat cintakan Malaysia termasuk melalui usaha terbaru kerajaan, Inisiatif Negaraku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ibrahim Yahya, turut mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ibrahim Yahya, turut mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Bertepatan dengan usaha itu, Malam Puisi Riong: Karya Negaraku telah diadakan di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. Majlis anjuran Berita Harian (BH) dengan kerjasama Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) ini telah berjaya menggabungkan pelbagai lapisan generasi termasuk penulis, penyair, deklamator dan penyanyi lagu puisi yang menyampaikan mesej semangat kebanggaan, kecintaan dan aspirasi tanah air kepada masyarakat melalui puisi dan lagu puisi.

Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)ketika menyampaikan ucapan aluan.

Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)ketika menyampaikan ucapan aluan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid, ketika menyampaikan ucapan aluan, beliau menyatakan bahawa Malam Puisi Riong ini menjadi wadah dalam mengungkapkan emosi cintakan Negara dan semangat patriotisme berdasarkan bahasa Melayu yang menandakan keintelektualan warganya.

Malam Puisi Riong ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-60 tahun, sekali gus sambutan 60 tahun Berita Harian. Antara penyair yang turut mendeklamasikan puisi pada malam tersebut ialah Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir) dan Zainal Palit (Zaen Kasturi).

Kumpulan Kesenian KALAM (KESENI) yang turut membuat persembahan lagu puisi.

Kumpulan Kesenian KALAM (KESENI) yang turut membuat persembahan lagu puisi.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan timbalannya, Datuk Badrulhisham Othman; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ibrahim Yahya yang turut mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Selain itu, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan lagu puisi oleh Kumpulan Kesenian KALAM (KESENI).

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014797
    Visit Today : 826
    This Month : 34142
    Total Visit : 1014797
    Hits Today : 3190
    Total Hits : 4139992
    Who's Online : 10
  • Kategori