Oleh HAJI WAN MOHD SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR

 

PERBINCANGAN huruf hamzah pada siri ini akan menumpukan kepada kedudukannya di atas dan di bawah alif sahaja. Hamzah berumah telah kita bincangkan pada siri yang terdahulu.

Hamzah di atas Alif

1. Dalam tulisan Jawi huruf Hamzah akan berkedudukan di atas Alif sekiranya perkataan tersebut merupakan kata serapan yang berasal dari bahasa Arab. Cara pengejaannya dikekalkan sebagaimana kata asalnya dalam bahasa Arab. Biasanya kata ini merupakan istilah. Contohnya:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi
Makmum مأموم
Mubtada مبتدأ
Mualaf موألف
Muazin موأذن

2. Selain daripada itu, huruf Hamzah juga akan berdudukan di atas alif sekiranya setiap perkataan yang bermula dengan huruf Alif didahului dengan imbuhan awalan di, ke atau se. Hamzah ini dipanggil hamzah pembeza. Sekiranya huruf Hamzah tidak diberikan pada kasus ini maka huruf Alif pada kata dasar akan dijadikan vokal apabila dimasukkan awalan. Maka kehadiran hamzah ini memainkan peranan yang penting dalam pengejaan kata tersebut. Dan perlu diingat bahawa walaupun kedudukan Hamzah itu di atas Alif bukan bermakna ia perlu dibaca [a], tetapi mengikut kata dasarnya. Contohnya:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi
Di atas دأتس
Dianjak دأنجق
Keunikan كأونيكن
Keempat كأمڤت
Keenam كأنم
Searah سأره
Seisi سأيسي

Hamzah di bawah Alif

Pada asalnya hanya satu perkataan sahaja huruf Hamzah diletakkan di bawah Alif iaitu perkataan Islam. Namun sejak kemasukan banyak perkataan yang memerlukan huruf ini diletakkan di bawah Alif maka kaedah ini diaplikasikan bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi
Islam إسلام
E-mel إي-ميل
E-dagang إي-داڬڠ
E (nama huruf) إي
Eh إيه

Sekiranya perkataan Jawi “eh” (di dalam jadual di atas) tidak dibubuh Hamzah di bawah, perkataan tersebut akan dibaca “ayah”.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042371
    Visit Today : 235
    This Month : 24970
    Total Visit : 1042371
    Hits Today : 545
    Total Hits : 4280140
    Who's Online : 19
  • Kategori