Oleh ZURAINI ABU BAKAR

PROGRAM Pembinaan Bakat Siswa telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai tahun 2008. Pada tahun 2008 hingga 2012, program ini dikenali sebagai Akademi Sastera dan pada tahun 2013, ditukar nama baharunya menjadi Program Pembinaan Bakat Siswa.

Program ini juga bertepatan dengan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016 – 2020 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Program ini dilaksanakan oleh DBP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan.

Sehubungan dengan itu, program ini selaras dengan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, di samping untuk memperkaya dan memperhebat khazanah penyelidikan bahasa dan persuratan Melayu serta meningkatkan kepakaran ilmuwan bahasa dan persuratan Melayu.

Penglibatan peserta merangkumi mahasiswa dari universiti awam (UA) dan universiti swasta (US) dari seluruh Malaysia.

Penglibatan peserta merangkumi mahasiswa dari universiti awam (UA) dan universiti swasta (US) dari seluruh Malaysia.

Penglibatan peserta merangkumi mahasiswa dari universiti awam (UA) dan universiti swasta (US) dari seluruh Malaysia daripada pelbagai bidang pengajian untuk mencungkil bakat penulisan, persembahan dan pembentangan kertas kajian yang berkesan.

Program Pembinaan Bakat Siswa 2017 ini melibatkan empat orang wakil mahasiswa dan 20 orang pensyarah dari 20 buah UA/US dari seluruh Malaysia. Bengkel ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori pertama Bengkel Pembinaan Bakat Siswa Penulisan Ilmiah dan kategori kedua Bengkel Pembinaan Bakat Siswa Penulisan Kreatif.

Program yang diadakan di Pusat Latihan Belia Antarabangsa (IYC) pada 3 – 5 Mac 2017 baru-baru ini telah disemprnakan majlis penangguhannya oleh Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ceramah bertajuk Pengucapan Awam.

Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ceramah bertajuk Pengucapan Awam.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi impak yang besar terhadap pembinaan modal insan dan jati diri dalam kalangan mahasiswa di Malaysia. Melalui program ini juga, kesedaran dan minat serta rasa kebersamaan untuk memelihara khazanah sastera akan terbina. Kemahiran sosial yang terjalin bersama-sama daya kreativiti dan penguasaan ilmu yang pelbagai mampu memberikan kelebihan kepada golongan mahasiswa untuk bersaing dalam dunia global yang mencabar ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013528
    Visit Today : 791
    This Month : 32873
    Total Visit : 1013528
    Hits Today : 2627
    Total Hits : 4134732
    Who's Online : 18
  • Kategori