Oleh NORAZLINDA MISRAN

ZFK17112016(38) Wacana Pembelajaran Melalui Teater

YBhg. Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff ketika menyampaikan Wacana Teater 2016.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan malaysia telah menganjurkan Wacana Teater 2016: Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Teater (Lakonan dan Drama) pada 17 November 2016 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff.

Abang Zainal dalam wacana tersebut telah menerangkan dengan mendalam tentang asal usul teater. Berdasarkan kajian, perkataan teater ini berasal daripada perkataan Yunani Klasik iaitu teatron yang membawa maksud bangunan/gedung juga membawa maksud melihat/memandang/menonton. Dalam teater ini terdapat dua teori iaitu teori vitual /upacara (dionysus) dan imitasi (peniruan).

  Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff ketika menunjukkan silat dan kaitannya dengan teater.

Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff ketika menunjukkan silat dan kaitannya dengan teater.

Menurut beliau lagi, drama adalah kehidupan dan kehidupan adalah drama. Fungsi drama adalah membimbing seseorang itu kepada pengalaman yang terus menerus, memanjangkan pengetahuan, memperkayakan imaginasi dengan kemungkinan menyentuh perasaan dan jiwa serta minda.

Peserta wacana berpeluang bertanya beberapa soalan kepada Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff.

Peserta wacana berpeluang bertanya beberapa soalan kepada Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff.

Merujuk laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru tetap dan kekal dalam mengamalkan gaya pengajaran sehala iaitu “chalk and talk”. Kenyataan ini disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar dan masih lagi membahaskan aktiviti PdP ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan Puan Aminah Awang Basar, Ketua Bahagian Promosi Dan Pengiktirafan, DBP.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037218
    Visit Today : 700
    This Month : 19817
    Total Visit : 1037218
    Hits Today : 2220
    Total Hits : 4254575
    Who's Online : 7
  • Kategori