sayap

 

Judul              :           Sayap Senja

Penulis           :           Arbak Othman

Harga             :           RM15.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

ARBAK bukanlah penyair biasa yang menghasilkan puisi mudah atau bersifat konvesional, sebaliknya menyenangi puisi sukar hingga ada ketikanya dipinggirkan oleh kebanyakan pengkaji. Hal ini tidaklah bermakna karya Arbak tidak bagus kerana beliau kerap memenangi sayembara penulisan utama negara.

Buku ini menghimpunkan lebih 100 buah puisi yang menyentuh soal ketuhanan, alam dan kehidupan. Beliau menggunakan metafora dan tanda untuk menggambarkan pelakuan manusia.

Untuk memahami puisi Arbak tidak mudah tetapi itulah cabarannya. Arbak merakamkan perilaku manusia dengan pelbagai ketempangan; menyindir manusia manusia agar tidak lalai dan kembali kepada alam dan Tuhan untuk mencapai kesempurnaan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044764
    Visit Today : 1185
    This Month : 27363
    Total Visit : 1044764
    Hits Today : 4365
    Total Hits : 4289338
    Who's Online : 11
  • Kategori