monolog

 

Judul              :           Monolog 5 Negara

Editor             :           Khalid Salleh

Penerbit         :           Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun             :           2015

Harga             :           RM30.00

 

ANTOLOGI skrip drama pentas  Monolog 5 Negara menampilkan skrip drama pentas lima orang penggiat seni, iaitu Khalid Salleh (Malaysia), Ramli Prapanca (Indonesia), Zefri Ariff (Brunei Darussalam), Noor Hasnah Adam (Singapura), dan Patr Weera (Thailand). Penerbitan buku ini merupakan usaha editor untuk menyemarakkan kembali kesatuan aktiviti sastera serantau yang berkembang pesat pada dekad 1990-an. Pada masa itu, usaha ini dilakukan melalui COCI (ASEAN Committee on Cultural and Information) yang menghimpunkan aktivis sastera negara ASEAN dalam bengkel, pertemuan dan penerbitan bersama.

Lima monolog yang ditampilkan ialah “Prett…” karya Khalid Salleh, “Kedatangan dalam Bungkusan” (Asia Ramli Prapanca), “Sehelai Kain” (Zefi Ariff), “Ala… Mak Nak Cakap Sikit Aje” (Noor Hasnah Adam) dan “Sewaktu Menunggu Bas dalam Masa Empat Ratus Sekian Tahun Berikutnya” (Patr Weera)

Karya Khalid mengangkat nilai kebenaran dan kebohongan yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Asia Ramli memerihalkan sarung, busana yang mewakili budaya masyarakat Bugis . manakala Zefri mengangkat kisah pendobi yang menemukan sehelai baju yang ada kesan darah, lalu memunculkan pelbagai watak ilusi yang berdialog menata kisah masa lalu dan masa kini.

Manakala Noor Hasnah meluahkan perihal masyarakat Melayu dalam kehidupan marginal di Singapura. Akhir sekali, Patr menanyakan kehidupan seolah-olah penantian yang tiada kesudahan untuk bergerak ke suatu tempat lain yang tidak diketahui.

Kelima-lima monolog yang terhimpun dalam buku ini seolah-olah mengembalikan semula teater ASEAN ke satu pentas. Umpama jambatan yang hilang, kini seperti tersambung kembali yang memungkinkan pembinaan kehidupan yang lebih harmoni melalui lalu lintas budaya seperti penerbitan buku ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042945
    Visit Today : 809
    This Month : 25544
    Total Visit : 1042945
    Hits Today : 2489
    Total Hits : 4282084
    Who's Online : 10
  • Kategori