BERSEMPENA dengan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-64, DBP telah menganjurkan Wacana Minda Siri Pertama yang bertajuk, “Ilmu dalam Pembinaan Tamadun” oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, pemegang Kursi Pemikiran Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Program bicara tersebut bersiaran langsung melalui laman rasmi Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 29 Jun 2020, jam 2.30 petang.

Kategori: Bicara, Wawancara

Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘santun’ membawa makna halus budi pekerti; beradab; rasa belas kasihan terhadap orang lain. Kesopanan berbahasa merujuk pada penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab supaya tingkah laku tersebut memancarkan keperibadian kita yang mulia selain sebagai penghormatan kepada pihak yang dilawan bicara. Santun merujuk pada tutur kata, bahasa badan dan intonasi suara. Kesantunan berbahasa dalam apa-apa jua keadaan membina satu segmen budi bahasa, bertutur dalam keadaan yang sopan dan berhemah, tidak memaki-hamun dan tidak menggunakan kata yang kesat atau tidak senonoh.

Kategori: Bicara, Makalah

OLEH NUR HIDAYAH ISMAIL PENDIDIKAN merupakan perkara dominan yang menjadi buah mulut masyarakat tidak kira masa. Setiap hari, ada sahaja isu yang melibatkan guru, murid dan pendidikan. Di sini, saya ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai kepentingan bahasa dalam kehidupan seseorang guru. Bahasa umpama nadi dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Setiap tutur kata yang disampaikan oleh seorang guru melibatkan penguasaan bahasa. Oleh sebab itu, semasa belajar di […]

Kategori: Bicara, Suara Anak Muda

OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH PENDEKATAN sosiologi merupakan sebuah pendekatan dan teori bercorak kontekstual juga ekstrinsik yang digunakan dalam penyelidikan kesusasteraan rakyat dalam warisan kesusasteraan Melayu tradisional di Alam Melayu. Selain itu, pendekatan sosiologi dalam kesusasteraan rakyat yang disifatkan sebagai “Reflections of Society” membincangkan fungsi dan hubungan kesusasteraan rakyat sebagai cerminan masyarakat dan cerminan budaya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial dalam kehidupan manusia. Warisan kesusasteraan rakyat sebagai cerminan budaya masyarakat […]

Kategori: Bicara, Kajian

OLEH DIVIYA DEVARAJ MASYARAKAT Melayu lama akrab dengan alam semula jadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini kerana masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, hutan, bendang dan gunung. Oleh itu, peribahasa dikaitkan dengan alam semula jadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat. Segala pengalaman dan pandangan hidup yang ingin dikemukakan dalam peribahasa menggunakan […]

Kategori: Bicara

OLEH WAN NORASYIKIN WAN ISMAIL SYAIR Negeri Patani ialah sebuah karya historiografi Melayu tradisional yang kurang mendapat perhatian daripada pengkaji untuk mengkajinya. Manuskrip Syair Negeri Patani ini tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan hikayat-hikayat lain yang mempunyai unsur sejarah. Syair ini mengisahkan sejarah yang berlaku di dalam negeri Patani yang terletak di utara semenanjung Malaysia. Melalui Syair Negeri Patani terdapat penceritaan tentang asal usul negeri Patani bermula daripada pembukaan negeri […]

Kategori: Bicara, Kajian, Makalah

EMAS sememangnya menjadi idaman setiap manusia. Kekayaan seseorang individu seringkali diukur dengan jumlah emas yang dimilikinya. Malahan orang-orang kaya mempunyai berpeti-peti simpanan emas di rumahnya yang melambangkan kekayaan dan status. Logam ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri tidak kira apa jua bangsa di dunia ini. Kegilaan terhadap emas ini menyebabkan beberapa kuasa besar di Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris belayar ke seluruh dunia untuk mendapatkan emas. Mereka menjajah dan menakluk sesebuah negara bagi mendapatkan logam yang berharga ini untuk di bawa pulang ke negara asal mereka. Portugis menakluk Melaka kerana mengetahui Tanah Melayu mempunyai hasil emas yang banyak sehinggakan pedagang-pedagang mengelarkannya semenanjung emas.

Kategori: Bicara, Kajian, Makalah

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kepelbagaian budaya di Malaysia adalah kerana Malaysia ialah sebuah negara yang mengandungi masyarakat majmuk. Penulis mengambil definisi konsep masyarakat majmuk oleh J.S Furnivall kerana definisi ini banyak digunakan dalam bahan rujukan di Malaysia. Masyarakat majmuk menurut J.S. Furnivall (1948) merujuk kepada sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah satu sistem politik yang sama.

Kategori: Bicara, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1035555
    Visit Today : 333
    This Month : 18154
    Total Visit : 1035555
    Hits Today : 1758
    Total Hits : 4247848
    Who's Online : 6
  • Kategori