Lirik lagu “tiada kata secantik bahasa” oleh Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee menyokong diksi pantun tersebut, iaitu yang indah itu memang bahasa.  Hadirnya bahasa yang indah itu adalah untuk menjadi alat komunikasi yang ampuh lagi bermakna. Keampuhan itu kerana bahasa merupakan alat yang dapat menghubungkan antara sumber dengan penerima. Penerima akan mentransformasi bahasa kepada makna daripada segenap patah kata yang terpancar daripada mulut bangsa.

Kategori: Bicara

Apabila doktor mengesahkan bahwa tulang ibu jari kaki saya telah patah tiga (fraktur), patah rasanya hati ini. Luluh jiwa raga. Doktor telah menayangkan pada saya imej sinar-X yang menunjukkan tulang ibu jari kaki saya yang telah patah tiga itu. Jelas kelihatan jalur patahnya berwarna hitam.

Kategori: Bicara

Projek Rintis Audit Bahasa Melayu (ABM) telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula dari bulan Julai hingga Ogos 2012. Pelaksanaan projek ini merupakan langkah kerajaan dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu, pelaksanaannya juga bertujuan untuk membudayakan amalan kesantunan berbahasa dalam perkhidmatan awam. Pelaksanaan projek ini di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaksanakan pada bulan Disember 2012 untuk mengaudit penggunaan bahasa Melayu di JPA. Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya dilaksanakan bermula dari bulan Disember 2012.

Kategori: Bicara

Bahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa. Bahasa digunakan oleh penutur dalam sesebuah masyarakat bagi tujuan yang pelbagai demi memenuhi keBahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa.

Kategori: Bicara

Akibat daripada perubahan masa dan kepesatan kemajuan teknologi, skop pembulian tidak hanya berlaku dalam bentuk fizikal di tempat-tempat seperti sekolah, asrama, universiti, atau tandas, malah telah meluas hingga ke alam maya. Situasi ini menampakkan masalah ini kian membesar keseriusannya untuk diatasi.

Kategori: Bicara

Sekiranya mereka memahami mesej persaudaraan yang dipaparkan dalam naskhah ini, penulis rasakan rakyat di Indonesia tidak sekali-kali cuba mencetuskan provokasi dengan negara ini malah menganggap negara ini sebagai sebuah negara yang cukup dekat dan cukup erat atau lebih tetap sebagai negara adik-beradik!

Kategori: Bicara

Peranan penterjemahan di Malaysia khususnya dan di Kepulauan Tanah Melayu amnya menjadi sumber penting dalam proses pembinaan kosa kata bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu yang bukan sahaja bidang agama, tetapi bidang sains dan teknologi yang perlu diperhebat bagi melahirkan sebuah pemikiran sains dan teknologi orang Melayu yang sememangnya telah wujud.

Kategori: Bicara, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur mengambil inisiatif mengadakan Bicara Bahasa 2020 Siri Kedua bertajuk “Cabaran Guru Bahasa dalam Pendidikan Orang Pekak” pada 6 Ogos 2020 yang lalu.

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1014327
    Visit Today : 356
    This Month : 33672
    Total Visit : 1014327
    Hits Today : 1042
    Total Hits : 4137844
    Who's Online : 11
  • Kategori