Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu sukar memberikan nasihat atau teguran secara berterus terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaan. Lantas, mereka mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang.

Kategori: Suara Anak Muda

Tarian Zapin merupakan tarian tradisional Johor yang menumpukan langkah tari penuh dengan kesantunan. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun dan posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya simbol memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Tarian ini mementingkan kelembutan dan keayuan penari yang menunjukkan orang Melayu sangat mementingkan nilai sopan santun dalam kehidupan.

OLEH ATIQAH ABD RAHIM BUKU-BUKU fiksyen adalah antara bahan bacaan yang paling digemari oleh anak muda seperti novel, komik dan cerita-cerita rakyat. Buku-buku ini dibaca untuk mengisi masa lapang mahupun sebagai hiburan setelah penat belajar atau bekerja. Buku fiksyen menjadi pilihan golongan muda disebabkan jalan cerita yang menyeronokkan dan bersifat santai disertakan dengan gambar-gambar ilustrasi yang menarik minat mereka berbanding buku-buku akademik yang sangat pudar dan membosankan bagi mereka. Genre […]

Kategori: Suara Anak Muda

Dalam dunia pendidikan hari ini, peluang perkerjaan menjadi kayu ukur kepada nilai sesuatu bidang dalam pendidikan. Fokus pendidikan, khususnya pada peringkat pengajian tinggi, menghala kepada kebolehpasaran graduan dalam industri. Kursus yang ditawarkan di universiti awam mula berorientasikan kehendak industri. Keadaan sebegini memberikan impak negatif secara tidak langsung kepada kursus yang dilihat kabur dalam kebolehpasaran graduannya. Hal ini bertambah buruk lagi apabila media mempersoalkan kerelevanan pengajian kesusasteraan pada peringkat pengajian tinggi. Bukan pada peringkat pengajian tinggi sahaja yang terkena tempias negatif media ini, malah pada peringkat sekolah, pelajar yang berada dalam aliran sastera dimomokkan sebagai pelajar yang tercorot.

Kategori: Suara Anak Muda

JIKA dilihat dari sudut ruang lingkup media sosial, terlalu banyak penggunaannya dalam kehidupan harian marcapada ini. Media sosial sering dijadikan perantaraan komunikasi dan perhubungan dua pihak. Media sosial turut dijadikan medium penghebahan sesuatu isu semasa atau pemberitahuan. Terdapat pelbagai contoh aplikasi media sosial yang kian mendominasi perisian telefon atau komputer masyarakat. Antaranya termasuklah Twitter, Youtube, Friendster, Wechat dan Whatsapp. Tidak menjadi isu yang besar apabila rangkaian media sosial ini digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat. Yang menjadi isunya di sini ialah tatabahasa yang digunakan dalam wahana itu. Penggunaan tatabahasanya tidak selaras dengan penggunaan tatabahasa yang betul yang merujuk Tatabahasa Dewan.

Kategori: Suara Anak Muda

Kesenian ghazal pernah mendapat tempat dalam hati masyarakat kita suatu ketika dahulu. Muzik ini sering dimainkan dalam pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di Johor Darul Takzim, terutamanya di istana dan sangat mendapat perhatian sultan, pembesar negeri serta golongan istana. Namun, seni ghazal atau digelar “gamat” yang bermaksud riuh-rendah ini hampir hilang ditelan zaman.

Kategori: Suara Anak Muda

Dewasa ini, generasi muda disajikan dengan lambakan rancangan hiburan berbahasa asing sebagai medium utama untuk mengisi masa lapang mahupun mendapatkan informasi terkini. Rancangan hiburan di sini bukanlah bermaksud kisah artis semata-mata tetapi rancangan berbentuk santai dan boleh ditonton bersama keluarga. Arus terkini dalam pengisian konsep rancangan hiburan ialah menyelitkan ilmu pengetahuan dan informasi berguna kepada penonton di samping unsur-unsur hiburan tidak dipinggirkan.

Kategori: Suara Anak Muda

SUDAH terang lagi bersuluh, semakin hari semakin kita mendekati ambang 2020. Dasawarsa ini, penggunaan bahasa Melayu di mana-mana institusi pengajian tinggi awam pasti akan mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa akademik kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang diguna pakai di seluruh dunia. Namun, masyarakat sering lupa bahawa bahasa Melayu merupakan lingua franca yang menjadi bahasa perantaraan, bahasa perhubungan, dan bahasa pergaulan antara masyarakat atau orang yang berlainan bahasa di seluruh dunia juga.

Kategori: Suara Anak Muda
  • Laman

  • Arkib

  • Statistik

    253448
    Melawat hari ini: 168
    Jumlah Pelawat: 253448
    Hits hari ini: 275
    Jumlah Hits : 461821
    Siapa atas talian: 2
Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.