Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu, dan menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Dalam tulisan ini akan dihuraikan keempat-empat golongan kata berkenaan secara ringkas.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Singgan bermaksud sehingga atau sampai. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Dia tidak muncul-muncul lagi singgan sekarang.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak 1972. Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan Pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972.

Kategori: Bahasa

Anda sudah mengetahui apakah sebutan baku, untuk apa, dan dalam situasi apa sebutan baku digunakan. Sekarang, marilah kita halusi kaedah sebutan baku bahasa Malaysia supaya anda benar-benar menguasainya.

Kategori: Bahasa

Orang bercanggah pendapat tentang sebutan bagi fokus, iaitu adakah fo•kus, fo•kas, atau fo•kes (e dengan sebutan pepet). Tidak ketinggalan dibahaskan orang soal sebutan kata-kata yang berakhir dengan huruf a, adakah dibunyikan a atau e pepet? Misalnya, kata saya, adakah sa•ya atau sa•ye sebutannya? Pendeknya, banyak lagi sebutan kata yang menimbulkan tanda tanya.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Kata baku telah terdapat dalam kamus Melayu lebih kurang setengah abad lalu. Walau bagaimanapun, istilah tersebut menjadi popular apabila kerajaan memutuskan pengajaran dan penggunaan sebutan baku yang berasaskan keselarasan antara ejaan dengan sebutan pada tahun 1988, bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu. Pada permulaan istilah itu dipopularkan, timbul salah faham pada sesetengah orang.

Kategori: Bahasa, Bimbingan
  • Arkib

  • Statistik

    1013864
    Visit Today : 1127
    This Month : 33209
    Total Visit : 1013864
    Hits Today : 4083
    Total Hits : 4136188
    Who's Online : 7
  • Kategori