Untuk maksud “menyalin kembali teks yang ditulis dengan huruf Jawi kepada teks Rumi”, kata manakah yang paling tepat digunakan antara transkripsi dengan transliterasi? Pertanyaan ini penulis ajukan kerana masih ada yang terkeliru dengan penggunaan kedua-dua kata atau istilah tersebut, dan penulis pernah ditanyakan hal itu.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Antara “menjolok mata” dengan “mencolok mata”, simpulan bahasa manakah yang paling tepat dan sepatutnya digunakan? Penulis pernah diajukan pertanyaan tentang perkara ini.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Dahulu, kata kemudahan asas merupakan kata umum yang sering digunakan dalam penulisan, terutamanya di akhbar. Kemudiannya, kata ini digantikan pula dengan kata infrastruktur.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Sebelum meluasnya penggunaan singkatan dalam media sosial dan telefon pintar (smartphone), rata-rata pengguna bahasa pernah menggunakan singkatan dalam khidmat pesanan ringkas (short message service) atau lebih dikenali sebagai singkatan SMS. SMS merupakan khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita sejak 1995.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Perkataan sayang tergolong ke dalam sejumlah kata adjektif yang membawa konsep perasaan. Contoh lain, antaranya malu, marah, benci, berani, kasih, ragu, takut, dan lain-lain lagi. Dalam bahasa Melayu, jika kata adjektif hendak diluaskan struktur unsurnya (konstituen) dengan menambahkan kata nama selepasnya, maka lazimnya, kata adjektif itu diikuti oleh kata sendi nama seperti ‘akan’, ‘pada’, ‘kepada’ dan seumpamanya.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Perkataan jika, kalau, jikalau ialah kata hubung keterangan. Kita boleh sahaja menggunakan mana-mana satu kata hubung berkenaan dalam ayat kerana ketiga-tiga kata hubung itu sinonim. Jika, kalau, jikalau menunjukkan syarat.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu, dan menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Dalam tulisan ini akan dihuraikan keempat-empat golongan kata berkenaan secara ringkas.

Kategori: Bahasa, Bimbingan
  • Arkib

  • Statistik

    065110
    Melawat hari ini: 83
    Jumlah Pelawat: 65110
    Hits hari ini: 116
    Jumlah Hits : 118192
    Siapa atas talian: 3
  • Kategori