Menjejakkan kaki di bumi Mekah dan Madinah menjadi impian setiap umat Islam. Mekah bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia ketika musim haji, malahan menjadi destinasi utama sepanjang tahun untuk mengerjakan umrah. Bagi seorang tetamu Allah yang hadir ke Tanah Suci biarpun untuk tujuan menunaikan umrah atau pun ibadah haji pasti tersemat harapan untuk datang lagi mengunjungi kedua-dua kota berkenaan. Kota ini terlalu istimewa bagi umat Islam kerana Mekah dan Madinah merupakan kota suci dan dikenali juga dengan panggilan Tanah Haram.

Kategori: Bicara, Featured, Kajian, Makalah

Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering mendengar masalah remaja yang semakin hari semakin teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlibat dengan gejala sosial, seperti vandalisme dan gengsterisme. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak. Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baiknya, masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan.

Kategori: Makalah

Rencana yang serba sederhana ini akan memperkatakan pengertian keserumpunan, dan peran nilai budi Melayu dalam menautkan persahabatan serumpun. Apa pun, penulis hanya menyinggung selayang pandang akan peri perlunya kita, khususnya generasi belia ataupun pemuda memahami dan menghayati salah satu daripada kearifan (wisdom) dan kebijaksanaan (sagacity) serta kebaikan (virtue)orang Melayu, yakni nilai hati budi dan budi bahasa yang merupakan unsur penting bagi menautkan persahabatan yang tulus dan luhur sesama kita.

Kategori: Makalah

Setelah sekian lama masyarakat pembaca mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akhirnya DBP tampil bersama imej baru dengan memperkenalkan kedai buku bergerak yang dinamakan Ujana Buku. Ujana Buku telah dirasmikan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Seri Muhyiddin Yasin bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 29 April 2015.

Kategori: Featured, Makalah

Pada hari ini, kajian yang berasaskan korpus kian mendapat tempat. Namun jika dibandingkan dengan negara Barat kajian berasaskan korpus ini telah pun bermula pada era 1950-an lagi. Justeru itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah dipertanggungjawabkan dalam membina dan memperkembangkan bahasa Melayu telah berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana penyelidikan kepada penyelidik. Pembinaan pangkalan data korpus yang dibina adalah untuk membantu para penyelidik membuat kajian dalam pelbagai bidang kebahasaan dan menyebarluaskan lagi hasil-hasil penyelidikan yang telah dibuat.

Kategori: Bicara, Makalah

Karya sastera memaparkan pelbagai persoalan tentang kehidupan manusia atau masyarakat berdasarkan pemikiran pengarang atau penyair yang menghasilkannya. Sastera jelas melontar teladan dan pengajaran yang boleh membijaksanakan pembaca hasil daripada penelitian dan pemahaman terhadap cerita yang disampaikan itu. Karya sastera sama ada puisi, cerpen, drama ataupun novel, jelas menderetkan suatu cerita/catatan yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan berkaitan konflik dalam kehidupan manusia.

Kategori: Makalah

BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK) mengetuk pintu lagi pada tahun 2015 ini seperti lazimnya apabila bulan Oktober menyingkap tirainya. Jika Ogos disambut dengan laungan “Merdeka, merdeka, merdeka!” oleh seluruh warga Malaysia dari negeri Perlis hingga ke Sabah, maka Oktober pula disambut dengan semangat berkobar-kobar dengan suntikan rasa cinta akan bahasa kebangsaan, “1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara!” Program tahunan ini ialah salah satu projek utama yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, khusus sebagai usaha menyemarakkan semangat, jati diri dan patriotisme terhadap negara melalui wahana, wacana, dan prasarana bahasa dan sastera kebangsaan.

Kategori: Featured, Makalah

DALAM bukunya My Lifelong Challenge: Singapore Bilingual Journey yang beredar di pasaran pada 2012, Lee Kuan Yew yakin terhadap peranan bahasa dalam pembinaan sebuah negara. Ketika menjadi Perdana Menteri, impiannya bukan sekadar untuk memajukan dan memacukan negara kota itu ke hadapan dari semua segi, terutama ekonomi, tetapi memastikan rakyat yang terdiri daripada Cina, Melayu dan India, bersatu padu dengan menggunakan bahasa yang sama.

Kategori: Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1043245
    Visit Today : 1109
    This Month : 25843
    Total Visit : 1043245
    Hits Today : 3600
    Total Hits : 4283195
    Who's Online : 14
  • Kategori