Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘santun’ membawa makna halus budi pekerti; beradab; rasa belas kasihan terhadap orang lain. Kesopanan berbahasa merujuk pada penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab supaya tingkah laku tersebut memancarkan keperibadian kita yang mulia selain sebagai penghormatan kepada pihak yang dilawan bicara. Santun merujuk pada tutur kata, bahasa badan dan intonasi suara. Kesantunan berbahasa dalam apa-apa jua keadaan membina satu segmen budi bahasa, bertutur dalam keadaan yang sopan dan berhemah, tidak memaki-hamun dan tidak menggunakan kata yang kesat atau tidak senonoh.

Kategori: Bicara, Makalah

KEGEMILANGAN kerajaan negeri Johor telah diwarisi daripada kegemilangan kerajaan Melaka setelah kejatuhan Potugis. Sultan Mahmud Shah yang melarikan diri ke Johor dan kemudian ke Pahang dan ke Bintan telah meletakkan Johor sebagai sebuah negeri yang disegani. Setelah kemangkatan baginda (1528), kegemilangan pemerintahan Johor dilegasikan kepada anakanda baginda, Raja Alaudin yang menggunakan gelaran Sultan Alaudin Riayat Shah II. Sultan Alaudin Riayat Shah II berjaya membina empayar pemerintahan dan perdagangan di (Johor Lama) yang kini dikenali sebagai Kota Tinggi (1529).

Kategori: Makalah

SANA bangunan baharu, sini bangunan baharu! Kawasan perumahan? Macam cendawan. Cantik-cantik reka bentuknya. Yalah, populasi semakin bertambah, pembangunan haruslah seiring. Tempat tinggal merupakan keperluan asasi manusia.

Kategori: Makalah

OLEH WAN NORASYIKIN WAN ISMAIL SYAIR Negeri Patani ialah sebuah karya historiografi Melayu tradisional yang kurang mendapat perhatian daripada pengkaji untuk mengkajinya. Manuskrip Syair Negeri Patani ini tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan hikayat-hikayat lain yang mempunyai unsur sejarah. Syair ini mengisahkan sejarah yang berlaku di dalam negeri Patani yang terletak di utara semenanjung Malaysia. Melalui Syair Negeri Patani terdapat penceritaan tentang asal usul negeri Patani bermula daripada pembukaan negeri […]

Kategori: Bicara, Kajian, Makalah

EMAS sememangnya menjadi idaman setiap manusia. Kekayaan seseorang individu seringkali diukur dengan jumlah emas yang dimilikinya. Malahan orang-orang kaya mempunyai berpeti-peti simpanan emas di rumahnya yang melambangkan kekayaan dan status. Logam ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri tidak kira apa jua bangsa di dunia ini. Kegilaan terhadap emas ini menyebabkan beberapa kuasa besar di Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris belayar ke seluruh dunia untuk mendapatkan emas. Mereka menjajah dan menakluk sesebuah negara bagi mendapatkan logam yang berharga ini untuk di bawa pulang ke negara asal mereka. Portugis menakluk Melaka kerana mengetahui Tanah Melayu mempunyai hasil emas yang banyak sehinggakan pedagang-pedagang mengelarkannya semenanjung emas.

Kategori: Bicara, Kajian, Makalah

PERIBAHASA Melayu boleh dianggap sebagai bahasa kiasan yang membawa makna tersirat, kerana masyarakat mahu menyampaikan sesuatu makna secara analogi atau perbandingan. Ia juga boleh dianggap sebagai akal budi Melayu. Masyarakat Melayu banyak menggunakan unsur alam sekeliling dengan segala kemampuan imaginasi mereka, lalu mengaitkannya dengan aspek kehidupan. Unsur ikan juga digunakan dalam peribahasa Melayu untuk menyampaikan makna yang tersirat di sebaliknya. Menurut Kamus Dewan (2004), ikan ialah haiwan berdarah sejuk yang hidup di dalam air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip untuk berenang.

Kategori: Bicara, Makalah

BAHASA merupakan lambang dalam budaya dan melalui pembinaan bahasa juga sesuatu budaya boleh dipengaruhi. Antara isu yang sering dibangkitkan dalam pembinaan negara bangsa termasuklah isu bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa merupakan lambang jati diri bagi sesuatu masyarakat atau bangsa itu. Bahasa mempunyai banyak fungsi dalam perkembangan budaya berdasarkan keperluan semasa.

Kategori: Makalah

KEINDAHAN dan kehalusan kain sutera memang diakui telah melatari keperluan kehidupan manusia zaman-berzaman. Kain sutera memberi nilai sosial dan dapat mempengaruhi gaya hidup si pemakainya. Kewujudan sutera yang berabad-abad lamanya telah berkembang ke seluruh dunia. Malah perdagangan sutera ini telah mula wujud di China dan India sehingga wujudnya istilah “Laluan Sutera” atau “Jalan Sutera”.

Kategori: Kajian, Makalah, Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1043353
    Visit Today : 1217
    This Month : 25952
    Total Visit : 1043353
    Hits Today : 4219
    Total Hits : 4283814
    Who's Online : 7
  • Kategori