Novel berjudul Puteri Putih yang ditulis oleh Murad Arsad ini berkisar tentang kisah dendam kesumat Belanda terhadap Sultan Ibrahim yang membantu Raja Haji ketika pertempuran di Melaka. Tentera Sultan Ibrahim diketuai oleh Panglima Puteri Putih berjaya menewaskan tentera Belanda. Hutang darah dibalas dengan darah, hutang nyawa dibalas dengan nyawa. Gabenor Willem Arnold Altingsburg bertekad menyerang Kota Malawati, Kuala Selangor. Tenteranya diketuai oleh Laksamana Sir Jacob Pieter van Braam dan dibantu oleh Kapten Dirk van Hogendrop. Askar-askarnya sering diganggu oleh peristiwa misteri. Seorang demi seorang askar Belanda mati secara tiba-tiba.

Buku ini menerangkan asal-usul dan bahasa masyarakat Dusun Kimaragang di Sabah. Fokus utama buku ini ialah perkaitan antara bahasa Dusun Kimaragang dengan bahasa Melayu, asimilasi yang berlaku dalam bahasa etnik ini, serta proses morfologi, iaitu pengimbuhan awal, akhiran, apitan dan sisipan

Kategori: Buku Baharu

Jerebu melanda sekali-sekala, bukan tanda petaka. Apabila jerebu menyerang, langit hilang tidak bercahaya. Udara kelabu berbau asap menyerbu paru-paru dan melemaskan salur pernafasan manusia tepu dengan partikel debu. Selain partikel debu, kehadiran pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, ozon dan nitrogen dioksida juga memberikan kesan sinergistik yang tidak kurang hebatnya.

Kategori: Buku Baharu

Sesekali ialah sebuah novel yang mengisahkan dua orang watak lelaki, berbeza latar dan berlainan prinsip, bertemu dalam satu takdir yang amat menghibakan. Pada pundak masing-masing, tergalas tanggungjawab yang amat besar. Amrin memikul tugas ibu dan bapa pada anak kecilnya, Kemboja. Kematian isterinya, Melati menjadikan Amrin seorang bapa tunggal dan semangat hidupnya hanya bersisa kerana Kemboja.

Kategori: Buku Baharu

Tumu dan Keluarga mengisahkan perihal seekor anak orang utan di Sepilok yang bernama Tumu. Tumu tinggal  bersama-sama keluarganya, Papa Jati dan Mama Meranti. Papa Jati dan Mama Meranti mengajar Tumu menerokai hutan supaya mengenal spesies haiwan berbahaya dan jenis makanan yang boleh dimakan. Penerbitan Tumu secara bersiri berupaya menyampaikan maklumat perihal orang utan kepada pembaca, khususnya kanak-kanak.

Kategori: Buku Baharu

Memiliki zuriat menjadi idaman bagi setiap pasangan yang berumah tangga. Walau bagaimanapun tidak semua pasangan dikurniai zuriat dengan mudah. Ada yang cepat mendapat zuriat; ada yang bertahun-tahun berkahwin belum mendapat zuriat; ada yang tidak mendapat zuriat langsung hingga akhir hayat.

Kategori: Buku Baharu

Keunikan pakaian tradisinal Murut dinilai berdasarkan kompisisi aksesori yang diperagakan. Kecantikan pemakai pula terserlah apabila pelbagai aksesori terpasang pada anggota badan, iaitu di kepala, leher, pinggang, tangan dan kaki. Komposisi aksesori ini diserlahkan lagi oleh warna hitam yang menjadi warna latar pakaian tradisional Murut.

Kategori: Buku Baharu

Kanak-kanak merupakan golongan yang sentiasa memerhatikan persekitaran dan mempunyai banyak persoalan tentangnya. Mereka juga golongan yang mudah menerima dan menyimpan maklumat. Oleh itu mereka sentiasa perlu dibekalkan maklumat yang berfaedah.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1035267
    Visit Today : 45
    This Month : 17866
    Total Visit : 1035267
    Hits Today : 208
    Total Hits : 4246298
    Who's Online : 8
  • Kategori