BUKU Meneroka Khasiat Tempe ini memberikan pendedahan mengenai khasiat tempe yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Buku ini mengandungi lima bab yang menceritakan tentang kacang soya sebagai ramuan utama tempe, kandungan nutrien dan antinutrien tempe, tempe sebagai makanan fungsian dan resipi sihat berasaskan tempe.

PANTUN Berkait Peri Loka Tanah Melaka merupakan khazanah tradisi lisan budaya Melayu yang tidak sepopular pantun biasa yang diketahui umum. Pantun berkait memerlukan kepintaran atau kecerdikan dan ketinggian akal mentafsir. Keindahan pantun dalam karya ini diolah menggunakan pantun berkait sebagai medium untuk menyerlahkan kecerdikan, ketinggian dan kebijaksanaan pantun Melayu perihal tanah Melaka yang bersejarah. Pelbagai sifir, falsafah, perbendaharaan kata, kelogikan pembayang serta maksud; kendatipun ilmu yang cukup tinggi untuk menjejaki jejak dan memperbaharui babak peri loka tanah Melaka ini.

Kategori: Buku Baharu

NAHU Kemas Kini ialah sebuah lagi buku tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar. Beliau mengemaskinikan kandungan buku ini dengan mengambil kira semua perkembangan dalam bahasa Melayu dan keperluan penuturnya sehingga kini. Liputan Nahu Kemas Kini menyeluruh dan mudah difahami supaya dapat digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu yang baik dan betul. Buku ini mengandungi peraturan bahasa dan sosiobudaya yang lengkap. Dengan demikian, buku ini dapat membantu penguasaan bahasa sebagai alat komunikasi dan alat berfikir yang jitu.

Kategori: Buku Baharu

PERBINCANGAN dalam buku ini melibatkan tiga aspek tahaluf siyasi, iaitu prinsip, ciri dan syarat yang dirumuskan daripada penelitian terhadap al-Quran dan hadis. Ketiga-tiga aspek ini juga berkait rapat dengan konsep, falsafah dan kaedah penggunaan tahaluf dari sirah Nabi SAW. Konsep tahaluf siyasi ini penting untuk difahami supaya dapat membina kefahaman mengenai pembinaan perjanjian dan kaedah perundingan Islam terbaharu dalam politik pembangunan semasa. Tahaluf siyasi dalam buku ini dilaksanakan dengan falsafah, tasawur dan acuan yang tersendiri tanpa bercampur aduk dengan falsafah perjanjian politik konvensional. Ia menjadi bidang yang dibentuk mengikut acuan Islam, bukannya dibentuk berdasarkan celupan dari Barat.

Kategori: Buku Baharu

HIMPUNAN Cerita Haiwan Teladan memuatkan 10 buah cerpen dengan ilustrasi yang menarik dan sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak berusia lapan hingga sepuluh tahun. Cerpen-cerpen yang terdapat dalam buku ini mengandungi nilai dan teladan yang baik seperti mendengar nasihat ibu bapa, rajin, berfikiran positif dan saling membantu. Nilai dan teladan yang terdapat dalam buku ini wajar dicontohi oleh pembaca.

Kategori: Buku Baharu

BULUH mempunyai pelbagai kegunaan namun telah dihadkan hanya untuk membina rumah selain rebungnya yang boleh dijadikan sebagai bahan makanan. Sejak kebelakangan ini, buluh dilihat melalui imej yang lain, iaitu fungsinya sebagai tanaman landskap telah diterima oleh masyarakat.

Kategori: Buku Baharu

SI MERAH JAMBU tercetus daripada pengalaman dan situasi kehidupan sebenar seorang kanak-kanak yang sedang menuju kea lam remaja, iaitu bagaimana persepsi pertama kedatangan haid dan kegusaran serta kekalutan yang membaluti diri.

Kategori: Buku Baharu

BUKU ini menghimpunkan pelbagai maklumat terkini tentang tisu dan biologi tulang. Objektif penulisan ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang tulang yang dipapar berdasarkan penelitian ilmiah dan maklumat terkini daripada beberapa kajian sains tulen dan rencana tentang perubatan kuno dan moden yang kompleks latar belakang dan inovasi tetapi kini telah berkembang pesat mengikut peradaban masa.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1041412
    Visit Today : 727
    This Month : 24011
    Total Visit : 1041412
    Hits Today : 2137
    Total Hits : 4272680
    Who's Online : 4
  • Kategori