Buku ini memberikan pengetahuan tentang hubungan antara undang-undang dengan jenayah. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah dan apakah yang membentuk sesuatu perbuatan itu menjadi jenayah. Tahukah anda bahawa ada perbuatan yang salah itu tidak dikatakan sebagai jenayah? Ada ketikanya seseorang itu terlepas daripada sabitan atau hukuman atas sebab-sebab yang tertentu.

Kategori: Buku Baharu

NOVEL ini mengisahkan Hannah Safia, gadis malang kerana beributirikan wanita yang kejam, manakala ayah menyebelahi isterinya. Dalam masa yang sama Hannah Safia menghidapi penyakit leukemia yang boleh mendatangkan maut. Hari-harinya dipenuhi dengan alam persekolahan yang memeritkan lantaran kemiskinan; terpaksa menghadapi peperiksaan utama dalam kesakitan. Keluarga berantakan kerana ibu tirinya mementingkan keduniaan hingga melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Hanya ketika penyakit semakin tenat barulah ayahnya memberikan perhatian kepadanya. Segala-galanya seolah-olah akan berakhir tambahan doktor memberikan tempoh yang singkat untuk Hanna Safia menyedut udara dunia. Novel ini mengisahkan Hannah Safia, gadis malang kerana beributirikan wanita yang kejam, manakala ayah menyebelahi isterinya. Dalam masa yang sama Hannah Safia menghidapi penyakit leukemia yang boleh mendatangkan maut.

Kategori: Buku Baharu

Judul kumpulan cerpen ini menggambarkan bahawa buku ini sarat dengan kisah alam persekolahan, sementelahan penulis merupakan guru suatu ketika dahulu. Hal itu tidak benar kerana di dalamnya terdapat pelbagai kisah kehidupan yang menyentuh jiwa – alam persekolahan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.

Kategori: Buku Baharu

Buah tangan terkini Mana Sikana menghimpunkan 30 buah cerpen yang menyentuh pelbagai persoalan – keagamaan, kekeluargaan, persahabatan, percintaan, kehidupan alam akhirat dan kematian. Cerpen-cerpen diolah dengan gaya bahasa yang kreatif, imaginatif di samping mengundang daya fikir kritis.

Kategori: Buku Baharu

Menuntut ilmu di menara gading melewati usia remaja dan sudah berumah tangga mempunyai cabaran yang tersendiri. Apatah lagi jika menuntut di luar negara, cabaran yang dihadapi berlipat kali ganda.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini merakamkan sejarah perkembangan pendekatan regionalisme dalam seni bina Malaysia termasuk ciri-ciri pendekatan dan asal usulnya. Pertama kali maklumat seni bina yang luas daripada perspektif sejarah moden negara ini dibincangkan dalam sebuah buku. Selain itu penulis membicarakan regionalisme Barat supaya dapat dibandingkan dengan regionalisme di Malaysia. Penulisan buku ini berhasrat menjadi asas pemikiran kritis terhadap arah tuju seni bina kebangsaan selain memberikan ilham kepada pelajar seni bina, arkitek dan pembuat dasar supaya menghasilkan seni bina regionalisme yang mesra budaya, mesra persekitaran dan mesra nilai bagi rakyat negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Kategori: Buku Baharu

Razali terlibat dalam usaha menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku lebih sedekad yang lalu. Peristiwa terancang itu ditutup kemas supaya kekal rahsia untuk jangka masa yang panjang. Razali berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam memenuhi misi tersebut. Yang paling mencabar apabila nyawa neneknya menjadi taruhan pula. Razali seolah-olah ingin mengalah kerana dia tidak rela kehilangan insan yang disayanginya. Berjayakah Razali menyelasaikan kes pembunuhan tersebut dan dalam masa yang sama menyelamatkan neneknya? Novel ini padat dengan unsur suspens dan disulami dengan fakta sains.

Kategori: Buku Baharu

Judul              :           Mamaku Menteri Penulis           :           Salina Ibrahim Harga             :           RM16.00 Tahun             :           2015 Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka JARANG-JARANG pembaca remaja dihidangkan dengan kisah yang begini – si ibu seorang menteri! Hidup Nur berubah selepas ibunya dilantik sebagai menteri kabinet kerajaan pemerintah. Banyak perkara yang terpaksa dipertimbangkan apabila memikirkan status ibunya. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin mengambil […]

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1044798
    Visit Today : 1219
    This Month : 27397
    Total Visit : 1044798
    Hits Today : 4499
    Total Hits : 4289472
    Who's Online : 10
  • Kategori